Tuesday, December 25, 2007

Latihan Kreativiti Lagi

Bacalah Al Quran!
Bacalah Al Quran!
Termangu-mangu Amri apabila diberitahu oleh sepupunya apabila dia bertanyakan soalan bagaimana meningkatkan daya ingatan dan kreativiti.
Sepupunya, Abang Mazlan hanya membalas kata-kata itu. Memang benar apa yang dikatakan Mazlan.
Apabila kita membaca Al Quran, kelenjar-kelenjar di dalam tubuh kita menerima getaran bacaan bertajwid. Di sinilah otak bergerak aktif dan ini merupakan latihan untuk kita petah berkata-kata. Ia juga mengelakkan kita menjadi nyanyuk kerana minda kita sentiasa aktif.
Bacalah Al Quran! Al Quran menjadi peneman kita di alam kubur yang penuh kegelapan. Setiap hari kita mestilah membaca Al Quran walaupun separuh muka.
Kita selalu bergaduh dengan adik-beradik untuk menonton siri kegemaran di TV tetapi pernahkan kita bergaduh kerana berebutkan Al Quran untuk dibaca? Renungkanlah...

Tuesday, December 11, 2007

Rezeki Azam Farid

Azam Farid ditempah PNM

Alhamdulillah, Perpustakaan Negara Malaysia sudah memilih judul Azam Farid untuk dibekalkan kepada PNM sebanyak 1092 naskhah. Terimakasih kepada Puan Ainon Mohd, Sifu PTS yang banyak memberi panduan dan motivasi kepada saya untuk menyiapkan novel remaja ini. Itulah buku pertama yang saya tulis dan diterbitkan oleh PTS One. Tidak lupa juga kepada Editornya, Cik Mazlia dan Ann, Pengurus PTS One yang selalu ceria, Kak Nor.
Terimakasih yang tidak terhingga dan semoga kisah di dalam buku ini dapat dijadikan teladan buat semua. Buat adik-adik, setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan airmata adalah saksi utama susah-payah dalam mendaki tangga kejayaan. Menangis juga adalah satu terapi yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Jadi, menangislah sepuas-puasnya. Bacalah buku ini yang dapat dijadikan modal motivasi untuk kejayaan.