Wednesday, January 30, 2008

Teknik Merehatkan Minda



Petua Yang Mudah Buat Remaja





Ingin merehatkan minda anda? Cubalah teknik-teknik yang mudah dan segera untuk tenang dan mengurangkan tekanan.


1) Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan sambil beristighfar dan berselawat.

2) Senaman ringkas supaya fizikal tenang. Gerakkan selama 8 saat. "Stretching" sangat berkesan.

3) Tutup mata dan bayangkan tempat yang menenangkan minda seperti mandi dalam air terjun, bermain di tepi pantai dan tempat yang nyaman.

4) Memandang alam semulajadi yang berwarna hijau.

5) Minum air suam atau teh hijau.

6) Pergi ke tempat yang luas dan udara yang segar. Yang paling penting jangan lupa berdoa dan minta ketenangan hati dari Yang Maha Esa.


Mungkin adik-adik ada teknik tersendiri menenangkan fikiran. Jom kita berkongsi idea. Pos komen di sini. Senyum sokmo!


Monday, January 28, 2008

Sadisnya...

(Dipetik dari kiriman e mel)

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah taksabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz danLin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakinlaju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai kekampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilokkiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga daritidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut."Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpawas-was
."Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong basekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong diaaaa...." Ahmadterus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terusmembelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balakyang besar dan gagah dan.....
BANG!!."Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mana abang Ahmad mak?Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Juliamenangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa
emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas,kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Moral cerita: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda.
Sememangnya tidur selepas Asar amat dilarang keras kerana daya ingatan akan menjadi lemah. Lebih baik bersenam atau bersiar-siar merehatkan minda.

Monday, January 21, 2008

Laman Tok Sidek- Rest House & Motel

ALAMILAH SUASANA KAMPUNG DI TELOK KEMANG

Sekiranya anda ingin merehatkan minda, melepaskan tekanan dan bercuti bersama yang tersayang, Laman Tok Sidek menyediakan pelbagai kemudahan percutian anda. Berdekatan dengan pantai dan pelbagai aktiviti boleh dijalankan.
Jet Ski, Bot, Mengail ikan, wind surfing, menyelam (snorkel), camping dan ada kemudahan BBQ untuk mengadakan Hari Keluarga.
Harga yang berpatutan dan hubungi:
Pn. Saleha Sidek (012 7373448) atau Pn Ierdawati Abd Ghafar (0133566287)
Percutian anda pastinya menyeronokkan. Bila lagi? Jangan tunggu. Buat tempahan anda segera.

Sunday, January 20, 2008

Latihan Kreativiti 3

Menongkah Arus
Manusia sering membuat andaian sekiranya sesuatu berlaku dan kadang-kadang andaian itu meleset sama sekali. Seorang yang kreatif tidak akan membuat andaian secara melulu. Beliau akan menggunakan daya kreatif untuk menyelesaikan masalah. Cuba adik-adik fikirkan beberapa alasan sekiranya perkara ini terjadi:
Anda tertinggal payung di rumah dan sekarang hujan sudah turun dengan lebatnya. Beri 5 sebab mengapa anda perlu bergembira dengan situasi ini.
Cuba hantarkan jawapan kreatif adik-adik....

Monday, January 14, 2008

Petikan dari web sifu PTS

Strategi ‘survive’ Dahulu, Baru Kemudian Fikirkan ‘sastera’

Kita berpeluang berbual-bual dengan seorang pensyarah universiti yang juga mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kata beliau, "Nasib baik kami mempunyai pekerjaan bergaji, jika tidak, di kalangan penulis kreatif, golongan kami adalah yang paling 'miskin'." Mantan peserta MPR itu merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan honorarium yang diterima oleh penulis sastera, dibandingkan dengan penulis-penulis novel-novel popular.
"Novel saya cuma mendapat royalti RM600, selepas 3 tahun terbit," katanya lagi.
Isu pendapatan (income) penulis adalah isu yang tidak habis-habis mencetuskan keluh-kesah di kalangan pengarang sastera. Pendapatan penulis boleh datang daripada pelbagai punca, bukan hanya terhad pada royalti dan honorarium karya sastera yang mereka hasilkan.
Kepada mentee-mentee Sifu yang mahu menjadi sasterawan, ini pesan Sifu.
Naikkan nama saudara berfasa-fasa, macam orang naik tangga. Jangan terus hendak mengukir nama sebagai "sasterawan".
Dalam fasa pertama: Hasilkan karya-karya yang dapat ditulis dengan cepat, dan laku, serta evergreen. Tulislah novel-novel bermutu tinggi untuk pasaran remaja awal dan remaja. Jika 1 novel remaja dapat menghasilkan RM3 ribu setahun, tulis 10 novel remaja. Dengan itu saudara mendapat royalti RM30 ribu setahun.
Kemudian, masuk fasa kedua: Tulis 7 judul novel remaja, dan 1 judul novel sastera.
Masuk fasa ketiga: Tulis 4 novel remaja dan 2 novel sastera.
Fasa keempat: Pada fasa ini, saudara sudah mampu menulis apa-apa karya sastera yang saudara suka, sebab royalti daripada 21 buah novel remaja itu sudah membolehkan saudara survive.
Kalau pada masa itu saudara tidak mahu menulis lagi pun tidak mengapa kerana pendapatan daripada royalti karya-karya evergreen saudara cukup bagi membolehkan saudara hidup selesa.

Nota: Rejab FI adalah contoh penulis novel-novel remaja yang temanya evergreen sehinggakan selepas 30 tahun diterbitkan, novel-novel beliau masih dapat diterbitkan semula dan laku dijual.
Kini Pak Rejab sudah bersara daripada menulis novel tetapi setiap tahun royalti beliau daripada PTS masih mengalir masuk ke dalam akaun banknya.
Karya-karya beliau dahulu diterbitkan oleh penerbit lain, tetapi kemudian selepas dicetak sekali karya-karyanya itu tidak ulang cetak lagi. Beliau kemudian mendapatkan semula hak penerbitan karya-karyanya itu dan menyerahkannya kepada PTS supaya dinilai judul-judul yang mana yang sesuai diterbitkan semula untuk pasaran semasa. PTS memilih 11 judul.

HAURA HARRY

Customized Basketball Jersey - ImageChef.com

Haura Harry juga dipilih PNM

Berita dari web sifu PTS (www.universitipts.com) menyatakan buku Haura Harry telah dipilih PNM. Alhamdulillah. Terimakasih kepada warga PTS yang bertungkus lumus menyediakan ilustrasi dan rekabentuk yang menarik. Terimakasih tidak terhingga kepada sifu PTS yang memberi panduan dan bimbingan penulisan. Semoga PTS terus maju dan berjaya di dalam perjuangan.
Haura Harry hanyalah secebis kisah benar yang dialami seorang budak perempuan dan dilema tomboy mula terhakis apabila Haura mengenali Abang Kamal. Sebuah cerita yang sesuai untuk awal remaja dan remaja.