Wednesday, April 23, 2008

Penipuan seorang IBU- Siri 2


Apabila saya bersekolah rendah, ibu pergi mendapatkan kotak-kotak mancis terpakai yang perlu digam untuk dijual semula. Ini memberikan kami sedikit wang untuk membiayai persekolahan saya. Pada satu musim sejuk, saya terjaga dari tidur dan mendapati ibu masih menyusun kotak-kotak mancis terpakai itu bertemankan sebatang lilin. Dengan penuh semangat ibu tetap meneruskan kerjanya. Saya berkata,” Ibu, pergilah tidur, hari sudah lewat malam. Esok pagi ibu harus bekerja pula.” Ibu hanya tersenyum dan berkata,
“Wahai anakku. Kamu pergilah tidur. Ibu masih tidak penat."

Peperiksaan akhir pun tiba. Ibu mengambil cuti semata-mata mahu menemani saya menjalani peperiksaan itu. Mentari semakin memancarkan sinarnya namun ibu tetap menunggu saya walaupun dia berpanas terik. Apabila loceng berbunyi yang menandakan peperiksaan sudah tamat, ibu dengan segera menuangkan segelas teh yang dibawanya sebagai bekalan. Apabila melihat wajah ibu dibasahi peluh, saya menghulurkan gelas supaya ibu minum teh itu. Namun yang demikian ibu berkata,
“Wahai anakku, minumlah. Ibu tidak dahaga.”

P/S: Seorang anak masih mampu menderhaka walaupun ibu berkorban seluruh hidupnya. Renungkanlah wahai remaja semua.


Monday, April 21, 2008

Penipuan seorang IBU...Siri 1

Renungkanlah kisah pendek ini.

Kisah bermula sewaktu saya masih kecil. Saya adalah anak lelaki bagi sebuah keluarga di Afrika. Kami tidak mempunyai makanan yang sukup. Apabila tiba waktu makan, ibu saya memberi bahagiannya kepada saya. Sewaktu ibu meletakkan nasinya ke dalam pinggan saya, dia berkata, “Makan nasi ini wahai anakku. Ibu tidak lapar.”

Apabila saya semakin besar, ibu saya pergi mengail ikan apabila dia mempunyai masa lapang di sungai berhampiran. Harapan ibu adalah apabila dia dapat mengail ikan, dia dapat memberi saya makanan yang berkhasiat buat tumbesaran saya. Selepas mengail ikan, dia memasakkan sup untuk saya makan kerana itu dapat menaikkan selera makan saya. Sewaktu saya makan, ibu duduk di sebelah saya dan menghabiskan sisa ikan, hanya tulang yang tinggal. Hati saya terusik melihatkan keadaan ibu tetapi dengan pantas ibu berkata, “Makanlah ikan ini anakku. Ibu tidak begitu menyukai ikan."
Inilah penipuan seorang ibu buat anaknya tetapi masih sanggup anak-anak menderhaka kepada ibunya..Bersambung...

Tuesday, April 01, 2008

Muatturun novel-novel remaja

















Baca sekarang! Novel-novel ini boleh dimuatturun melalui handphone anda.


Hanya RM5 setiap buku. Dapatkannya dari http://www.metamobile.com.my/m-book/pts.php .

Mbook PTS-METADOME Sudah Boleh Dibeli!


Dipetik dari laman Sifu PTS,

Buka laman web METADOME klik di sini bagi membeli buku-buku Mbook PTS