Sunday, June 29, 2008

Khutbah Wida'





KHUTBAH TERAKHIR

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H
di lembah Uranah, Arafah)
Buat peringatan kita semua...

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.






Wednesday, June 25, 2008

Antara Cinta dan Aqidah


Ayuh Remaja! Bukalah mata hatimu...


Di satu pagi:

"Tolong! Tolong! Ada orang terjun ke dalam sungai," ada satu jeritan yang memecah keheningan pagi itu. Telah ramai pengunjung menjamu selera di warung-warung yang disediakan di tepi sungai itu. Beberapa orang di sekitar terpinga-pinga. Apa yang sudah berlaku? Suasana semakin hingar. Tiba-tiba seorang lelaki yang sedang makan berlari ke arah sungai dan terus terjun. Semakin ramai orang mengerumuni tempat kejadian.




Lelaki itu menyelamatkan gadis yang terjun ke dalam sungai itu. Dengan bersusah-payah dia membawa gadis itu ke daratan. Alhamdulillah, gadis itu dapat diselamatkan. Tanpa diduga, gadis itu menangis teresak-esak.

"Mengapa ni? Apa yang sudah berlaku?" lelaki itu bertanya kepada si gadis. Tiada jawapan. Orang ramai masih mengerumuni lelaki dan si gadis itu. Si gadis terus menangis.

"Apa yang sudah berlaku sehingga awak sanggup terjun ke dalam sungai? Awak hendak bunuh diri kan," lelaki yang dipilih Allah untuk menyelamatkan si gadis terus bertanya. Ingin tahu sebabnya. Si gadis terdiam. Mungkin terkejut dengan suara tinggi si lelaki.

"Betul. Saya hendak bunuh diri. Tak guna lagi saya hidup," terang si gadis. Lelaki itu menarik nafas panjang dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Awak tahu berdosa besar membunuh diri?" tiba-tiba ada suara mencelah. Si gadis itu mengangguk-angguk.

"Habis tu? Mengapa meneruskan niat bodoh ini?" lelaki itu mendesak.

"Saya kecewa dengan sikap teman lelaki saya. Saya nampak dia berjalan dengan perempuan lain. Mesra sangat," kata-kata si gadis membuatkan lelaki itu tersenyum. Si gadis yang baru berusia 17 tahun itu rupa-rupanya kecewa cinta.....

"Satu lagi saya nak tanya. Apasal awak menangis?" lelaki itu ingin tahu.

"Semasa saya terjun ke dalam sungai tadi, saya terus menjadi terlalu takut. Memang saya sudah lemas dan mohon supaya diselamatkan," terang si gadis.

"Awak tak takut dengan azab Allah? Rosak aqidah awak," kata lelaki itu. Si gadis terdiam.

Pengajaran:


1) Kerana cinta yang tidak luhur, si gadis sanggup menggadaikan aqidahnya. Rapuhnya keyakinan terhadap Allah.
2) Cinta sebelum kahwin tiada penghujung dan sia-sia. Tiada konsep bercinta-cintaan sebelum sah ikatan perkahwinan di dalam Islam.

3) Teman hidup yang beriman dan beramal adalah pilihan utama.

4) Menuntut ilmu adalah lebih utama dari mencari cinta yang palsu.

5) Mencari cinta sebelum kahwin adalah satu perbuatan yang sia-sia. Utamakan aqidah kerana ia menjadi pedoman hidup untuk bekalan di akhirat kelak.








Pengumuman PTS One

Assalamualaikum…
Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.
Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...
Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!
Spesifikasi cerpen
Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)
Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)
Hanya 6-8 halaman sahaja!
Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!
Sertakan sekali (diwajibkan)….
Nama penuh:Nama Samaran/Manja:Umur:T. Lahir:E-mel:Blog/Friendster/My Space (jika ada):No. tel: (akan dirahsiakan)Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)Dua novel PTS One yang paling digemari:Dua penulis PTS One yang paling digemari:
Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!

Monday, June 16, 2008

Kalimah Mudah Meringankan Kesusahan


Anda susah hati? Sakit? Gelisah?


Bacalah kalimah ini yang sangat mudah tetapi selalu dilupakan oleh kita. Kalimah "Laa ila haillallah" sangat mudah dan mempunyai banyak kelebihan. Bagi adik-adik yang sedang mengalami kesulitan di dalam hidup (inilah ujian Allah dan manisnya hidup) ucaplah kalimah ini bila-bila masa dan di mana sahaja. Insyaallah segala kesulitan dan kesusahan adik-adik diringankan Allah. Ingatlah janji Allah, setiap kesusahan ada kesenangan. Sabar dengan ujian kerana ujian mematangkan diri dan menjadi kita lebih redha dengan semua ketentuan Yang Maha Perkasa.

Sunday, June 15, 2008

Muat turun mobile book PTS


Dapatkan novel-novel remaja PTS yang membina jiwa dan personaliti anda. Mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para ibubapa dan remaja. Menjadi pilihan di kedai buku MPH dan Popular. Hanya RM5 sekali muat turun


Terapi Minda 1


Ceriakan hari anda dengan mempelajari terapi minda. Sebagai pelajar sudah tentu ada hari-hari yang menekan perasaan anda. Jangan bimbang. Pelajari teknik terapi minda yang mudah. Di dalam siri ini, lakukan satu teknik mudah.


Pejamkan mata anda dan bayangkan LIMA peristiwa yang melucukan dan membuat anda ketawa. Kemudian lukiskan atau tuliskan peristiwa itu. Tentu jiwa anda lebih tenang.

Selamat mencuba..