Monday, August 18, 2008

Terapi Minda 4

MALAS...

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?" maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam? Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".
P/S: Bagaimana mengatasi MALAS? Adik-adik, sila hantar komen. Cerita ini diperolehi dari e mel yang dihantar sahabat.

Saturday, August 02, 2008


Tips Komunikasi Berkesan – Satu Contoh Rasulullah saw

Hubungan mata – pastikan mata anda melihat audien satu-persatu seolah-olah anda sedang berkomunikasi dengan mereka. Semasa Rasulullah berinteraksi dengan sahabat baginda , mata baginda tidak mengalihkan pandangan dari mereka.


Sentiasa senyum – Rasulullah sentiasa tersenyum semasa berkomunikasi


Kawalan diri – Rasulullah sentiasa mengawal diri dari marah tidak bersebab. Musuh boleh menyerah kalah apabila kita ada kawalan diri


Pintar berbahasa- mempunyai pengetahuan bahasa yang baik untuk menjawab soalan atau meyakinkan seseorang

Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri Pelajar Lembab/Malas/Pandir
• Mengeluh apabila diberi tugasan
• Pergi U untuk mengurat
• Bangun pagi lewat
• Banyak makan, tidur dan rehat
• Meniru
• Suka menyalahkan orang lain apabila gagal

Ciri-ciri pelajar cemerlang

• Kasih dan hormat kepada ibubapa/guru
• Rajin mencari ilmu
• Pandai menjaga kesihatan
• Berdisiplin
• Tidak bercinta
• Aktif
• Sayang dan kenang jasa ibubapa

Strategi pelajar cemerlang
• Solat awal waktu – pengurusan masa
• Baca Al Quran- melatih kelancaran bercakap dan pernafasan
• Pilih makanan halal dan berkhasiat – madu,kismis,za’afaran,kurma
• Jaga kesihatan- lihat HIJAU
• Sukakan wangi-wangian
• Melihat air jernih mengalir
• Memicit-micit jari
• Baca matlamat setiap hari
• Senaman
• Jgn tidur selepas SUBUH dan Asar

Friday, August 01, 2008

Membazirkah KITA?


10 pembaziran yang biasa kita lakukan…

Ilmu- kita tidak mengamalkannya
Amalan – kita buat tidak ikhlas
Harta – habiskan harta tanpa tujuan
Hati – kosong tanpa kasih-sayang Allah. Kita memenuhi hati dengan mencintai seseorang tanpa batasan
Tubuh – tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah
Cinta – lebih cinta kepada lain dari Allah
Masa – tidak digunakan sebaik-baiknya
Kepintaran – menggunakan kepintaran untuk kemusnahan
Khidmat – berkhidmat kepada seesorang yang menjauhkan diri dari Allah
Zikir - tidak meninggalkan kesan kepada hati kita

Dipetik dari: Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Leganya Minda...Satu Pengalaman PhD


Allah Tidak Pernah MERAJUK

Selepas lebih kurang sebulan "kepala berasap" kerana menyediakan proposal PhD, akhirnya hari yang dinanti-nantikan (Betul ke??) tiba jua. Sehari sebelum hari pembentangan proposal, saya berpuasa supaya Allah mudahkan urusan pembentangan. Masih teringat kata-kata ustaz, berpuasalah sekiranya kamu mempunyai hajat. Selain dari itu, bersedekahlah kerana fadhilat sedekah teramat besar. Salah satunya menunaikan hajat contohnya sedang ada masalah dsb...

Pagi itu selepas bersarapan ringkas, suami menghantar ke pejabat dan saya terus menuju ke destinasi yang penuh igauan. Debaran semakin ketara dan selawatlah penenang jiwa. Penantian adalah satu penyeksaan! selepas menunggu hampir dua jam, giliran saya tiba. Saya beristighfar, berselawat dan berdoa di dalam hati. Berbicaralah dengan Tuhan. Allah sentiasa mendengar rintihan kita. Allah tidak pernah lari dari kita. Allah tidak pernah merajuk dengan hambanya. Benar. Walaupun kita sebagai hamba tidak lepas melakukan dosa, Dia tetap memberi nikmat dan rahmat kepada kita. Tanda-tandanya banyak bagi orang yang berfikir!

Saya melangkah ke bilik mesyuarat dengan penuh tenang dan panel penilai proposal sudah bersedia. Dengan kalimah Bismillahirrahamanirrahim, saya ,memulakan pembentangan. Alhamdulillah, pembentangan dilakukan dengan jayanya. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Fuhh..Leganya dapat meneruskan pengajian selepas proposal diterima. Syukurlah.






Terasa segala beban yang dipikul terlerai. Demam yang kebah tak kebah, terus hilang. Memang sah. Ini bahana proposal. Tetapi inilah manisnya menuntut ilmu. Walau dugaan dan cabaran menggunung di hadapan, saya tetap merasakan kemanisannya. Biarlah. Halangan pertama sudah dilepasi. Lega sebentar. Namun langkah seterusnya perlu dilalui. Semoga langkah seterusnya dapat dilalui dengan penuh ketabahan walaupan ada seorang sahabat berkata, "Tungglah saat semasa data analysis." Masih kurang mengerti maksud itu namun yakin dengan rahmah dan pertolongan Yang Maha Bijaksana, insyaallah saya berjaya menggenggam idaman hati.