Wednesday, September 10, 2008

Kita Tidak Punya Apa-apa


Jangan bersedih lagi...


Mengapa bersedih? Ramadhan memberi kegembiraan tak ternilai. Berdoalah kerana setiap masa dalam Ramadhan langit terbuka luas. Doa akan diangkat segera.Jadi mengapa bersedih lagi?
Adakah kita gagal dlm hidup?
Adakah kita kehilangan org tersayang?
Adakah kita tidak dikasihi manusia?
Adakah kita sakit?
Adakah kita cacat?
Adakah kita tidak mendapat pekerjaan?
Adakah kita tidak menerima penghargaan dari guru?
Adakah kita tidak berjaya mendapat markah tinggi?


Jangan bersedih. Sebagai manusia kita bukanlah sesiapa kerana semuanya milik Allah. Itulah bos kita yang terulung dan tuan segala makhluk. Oleh itu jangan bersedih. Sekiranya manusia tidak menghargai kita, kawan-kawan tidak mempedulikan kita dan kita tidak menjadi tumpuan manusia, tidak mengapa. Kita ada Allah. Mintalah perhatian Allah. Dekatkan diri dengan Allah dan nescaya Allah menganugerahkan nikmat yang tidak terhingga. Rebutlah kasih-sayang Allah kerana itulah yang utama.
Sekiranya kita tidak dihargai manusia, biarkanlah kerana bos manusia itu tahu apa yang kita kerjakan. Bersyukurlah kerana kita tidak disibukkan dengan perkara dunia kerana itulah peluang kita mendekatkan diri kepada Allah. Bercakaplah dengan BOS manusia ini. Tentulah kita tenang dan yakin. Allah akan berikan apa sahaja kepada hambaNya bila-bila masa menurut kehendakNya. Dia tidak memerlukan doa kita untuk menganugerahkan sesuatu tetapi doa itu adalah cara kita mendekatkan diri kepada Allah. Rayulah kepadaNya. Merayu kepada manusia kadang-kadang tidak berjaya dan perlukan balasan tetapi merayu kepada Yang Maha Pengasih, insyallah berjaya. Allah itu sangat cemburu maka rebutlah ia dengan menyebut namaNya selalu.
Ya Allah, kami tidak ada kekuatan melainkan dengan izinMu.
Kami tidak akan cerdik melainkan dengan izinMu.
Kami mohon bantuanMu, tunjuklah jalan yang lurus.
Ya Allah, anugerahkanlah kami kebijakan dan daya ingatan yang kuat supaya kami dapat berbakti kepada insan. Amin
.