Monday, August 18, 2008

Terapi Minda 4

MALAS...

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?" maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam? Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".
P/S: Bagaimana mengatasi MALAS? Adik-adik, sila hantar komen. Cerita ini diperolehi dari e mel yang dihantar sahabat.

Saturday, August 02, 2008


Tips Komunikasi Berkesan – Satu Contoh Rasulullah saw

Hubungan mata – pastikan mata anda melihat audien satu-persatu seolah-olah anda sedang berkomunikasi dengan mereka. Semasa Rasulullah berinteraksi dengan sahabat baginda , mata baginda tidak mengalihkan pandangan dari mereka.


Sentiasa senyum – Rasulullah sentiasa tersenyum semasa berkomunikasi


Kawalan diri – Rasulullah sentiasa mengawal diri dari marah tidak bersebab. Musuh boleh menyerah kalah apabila kita ada kawalan diri


Pintar berbahasa- mempunyai pengetahuan bahasa yang baik untuk menjawab soalan atau meyakinkan seseorang

Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri Pelajar Lembab/Malas/Pandir
• Mengeluh apabila diberi tugasan
• Pergi U untuk mengurat
• Bangun pagi lewat
• Banyak makan, tidur dan rehat
• Meniru
• Suka menyalahkan orang lain apabila gagal

Ciri-ciri pelajar cemerlang

• Kasih dan hormat kepada ibubapa/guru
• Rajin mencari ilmu
• Pandai menjaga kesihatan
• Berdisiplin
• Tidak bercinta
• Aktif
• Sayang dan kenang jasa ibubapa

Strategi pelajar cemerlang
• Solat awal waktu – pengurusan masa
• Baca Al Quran- melatih kelancaran bercakap dan pernafasan
• Pilih makanan halal dan berkhasiat – madu,kismis,za’afaran,kurma
• Jaga kesihatan- lihat HIJAU
• Sukakan wangi-wangian
• Melihat air jernih mengalir
• Memicit-micit jari
• Baca matlamat setiap hari
• Senaman
• Jgn tidur selepas SUBUH dan Asar

Friday, August 01, 2008

Membazirkah KITA?


10 pembaziran yang biasa kita lakukan…

Ilmu- kita tidak mengamalkannya
Amalan – kita buat tidak ikhlas
Harta – habiskan harta tanpa tujuan
Hati – kosong tanpa kasih-sayang Allah. Kita memenuhi hati dengan mencintai seseorang tanpa batasan
Tubuh – tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah
Cinta – lebih cinta kepada lain dari Allah
Masa – tidak digunakan sebaik-baiknya
Kepintaran – menggunakan kepintaran untuk kemusnahan
Khidmat – berkhidmat kepada seesorang yang menjauhkan diri dari Allah
Zikir - tidak meninggalkan kesan kepada hati kita

Dipetik dari: Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Leganya Minda...Satu Pengalaman PhD


Allah Tidak Pernah MERAJUK

Selepas lebih kurang sebulan "kepala berasap" kerana menyediakan proposal PhD, akhirnya hari yang dinanti-nantikan (Betul ke??) tiba jua. Sehari sebelum hari pembentangan proposal, saya berpuasa supaya Allah mudahkan urusan pembentangan. Masih teringat kata-kata ustaz, berpuasalah sekiranya kamu mempunyai hajat. Selain dari itu, bersedekahlah kerana fadhilat sedekah teramat besar. Salah satunya menunaikan hajat contohnya sedang ada masalah dsb...

Pagi itu selepas bersarapan ringkas, suami menghantar ke pejabat dan saya terus menuju ke destinasi yang penuh igauan. Debaran semakin ketara dan selawatlah penenang jiwa. Penantian adalah satu penyeksaan! selepas menunggu hampir dua jam, giliran saya tiba. Saya beristighfar, berselawat dan berdoa di dalam hati. Berbicaralah dengan Tuhan. Allah sentiasa mendengar rintihan kita. Allah tidak pernah lari dari kita. Allah tidak pernah merajuk dengan hambanya. Benar. Walaupun kita sebagai hamba tidak lepas melakukan dosa, Dia tetap memberi nikmat dan rahmat kepada kita. Tanda-tandanya banyak bagi orang yang berfikir!

Saya melangkah ke bilik mesyuarat dengan penuh tenang dan panel penilai proposal sudah bersedia. Dengan kalimah Bismillahirrahamanirrahim, saya ,memulakan pembentangan. Alhamdulillah, pembentangan dilakukan dengan jayanya. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Fuhh..Leganya dapat meneruskan pengajian selepas proposal diterima. Syukurlah.






Terasa segala beban yang dipikul terlerai. Demam yang kebah tak kebah, terus hilang. Memang sah. Ini bahana proposal. Tetapi inilah manisnya menuntut ilmu. Walau dugaan dan cabaran menggunung di hadapan, saya tetap merasakan kemanisannya. Biarlah. Halangan pertama sudah dilepasi. Lega sebentar. Namun langkah seterusnya perlu dilalui. Semoga langkah seterusnya dapat dilalui dengan penuh ketabahan walaupan ada seorang sahabat berkata, "Tungglah saat semasa data analysis." Masih kurang mengerti maksud itu namun yakin dengan rahmah dan pertolongan Yang Maha Bijaksana, insyaallah saya berjaya menggenggam idaman hati.



Thursday, July 24, 2008

Terapi Minda 3


Hikmah sujud



Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.


Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.



Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Saturday, July 19, 2008

Terapi Minda 2







Bebas..Seronok..Dingin...

Satu lagi terapi minda yang percuma dan indah sekali. Berkumpul dengan sanak-saudara sambil menenangkan jiwa di sebuah air terjun. Sambil merapatkan silaturrahim, jiwa dan minda menjadi tenang. Kami menghabiskan masa seharian di tepian air terjun dan menunaikan solat di sana. Membakar ikan, menumbuk sambal dan menggoreng pucuk keledek. Alangkah indahnya hari itu.
Satu anugerah dari Yang Maha Perkasa. Sesekali kita perlu berada jauh dari kesibukan supaya minda kita menjadi segar semula.














Monday, July 14, 2008

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu...


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,


Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,


Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.



Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Sunday, June 29, 2008

Khutbah Wida'





KHUTBAH TERAKHIR

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H
di lembah Uranah, Arafah)
Buat peringatan kita semua...

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.






Wednesday, June 25, 2008

Antara Cinta dan Aqidah


Ayuh Remaja! Bukalah mata hatimu...


Di satu pagi:

"Tolong! Tolong! Ada orang terjun ke dalam sungai," ada satu jeritan yang memecah keheningan pagi itu. Telah ramai pengunjung menjamu selera di warung-warung yang disediakan di tepi sungai itu. Beberapa orang di sekitar terpinga-pinga. Apa yang sudah berlaku? Suasana semakin hingar. Tiba-tiba seorang lelaki yang sedang makan berlari ke arah sungai dan terus terjun. Semakin ramai orang mengerumuni tempat kejadian.




Lelaki itu menyelamatkan gadis yang terjun ke dalam sungai itu. Dengan bersusah-payah dia membawa gadis itu ke daratan. Alhamdulillah, gadis itu dapat diselamatkan. Tanpa diduga, gadis itu menangis teresak-esak.

"Mengapa ni? Apa yang sudah berlaku?" lelaki itu bertanya kepada si gadis. Tiada jawapan. Orang ramai masih mengerumuni lelaki dan si gadis itu. Si gadis terus menangis.

"Apa yang sudah berlaku sehingga awak sanggup terjun ke dalam sungai? Awak hendak bunuh diri kan," lelaki yang dipilih Allah untuk menyelamatkan si gadis terus bertanya. Ingin tahu sebabnya. Si gadis terdiam. Mungkin terkejut dengan suara tinggi si lelaki.

"Betul. Saya hendak bunuh diri. Tak guna lagi saya hidup," terang si gadis. Lelaki itu menarik nafas panjang dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Awak tahu berdosa besar membunuh diri?" tiba-tiba ada suara mencelah. Si gadis itu mengangguk-angguk.

"Habis tu? Mengapa meneruskan niat bodoh ini?" lelaki itu mendesak.

"Saya kecewa dengan sikap teman lelaki saya. Saya nampak dia berjalan dengan perempuan lain. Mesra sangat," kata-kata si gadis membuatkan lelaki itu tersenyum. Si gadis yang baru berusia 17 tahun itu rupa-rupanya kecewa cinta.....

"Satu lagi saya nak tanya. Apasal awak menangis?" lelaki itu ingin tahu.

"Semasa saya terjun ke dalam sungai tadi, saya terus menjadi terlalu takut. Memang saya sudah lemas dan mohon supaya diselamatkan," terang si gadis.

"Awak tak takut dengan azab Allah? Rosak aqidah awak," kata lelaki itu. Si gadis terdiam.

Pengajaran:


1) Kerana cinta yang tidak luhur, si gadis sanggup menggadaikan aqidahnya. Rapuhnya keyakinan terhadap Allah.
2) Cinta sebelum kahwin tiada penghujung dan sia-sia. Tiada konsep bercinta-cintaan sebelum sah ikatan perkahwinan di dalam Islam.

3) Teman hidup yang beriman dan beramal adalah pilihan utama.

4) Menuntut ilmu adalah lebih utama dari mencari cinta yang palsu.

5) Mencari cinta sebelum kahwin adalah satu perbuatan yang sia-sia. Utamakan aqidah kerana ia menjadi pedoman hidup untuk bekalan di akhirat kelak.








Pengumuman PTS One

Assalamualaikum…
Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.
Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...
Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!
Spesifikasi cerpen
Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)
Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)
Hanya 6-8 halaman sahaja!
Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!
Sertakan sekali (diwajibkan)….
Nama penuh:Nama Samaran/Manja:Umur:T. Lahir:E-mel:Blog/Friendster/My Space (jika ada):No. tel: (akan dirahsiakan)Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)Dua novel PTS One yang paling digemari:Dua penulis PTS One yang paling digemari:
Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!

Monday, June 16, 2008

Kalimah Mudah Meringankan Kesusahan


Anda susah hati? Sakit? Gelisah?


Bacalah kalimah ini yang sangat mudah tetapi selalu dilupakan oleh kita. Kalimah "Laa ila haillallah" sangat mudah dan mempunyai banyak kelebihan. Bagi adik-adik yang sedang mengalami kesulitan di dalam hidup (inilah ujian Allah dan manisnya hidup) ucaplah kalimah ini bila-bila masa dan di mana sahaja. Insyaallah segala kesulitan dan kesusahan adik-adik diringankan Allah. Ingatlah janji Allah, setiap kesusahan ada kesenangan. Sabar dengan ujian kerana ujian mematangkan diri dan menjadi kita lebih redha dengan semua ketentuan Yang Maha Perkasa.

Sunday, June 15, 2008

Muat turun mobile book PTS


Dapatkan novel-novel remaja PTS yang membina jiwa dan personaliti anda. Mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para ibubapa dan remaja. Menjadi pilihan di kedai buku MPH dan Popular. Hanya RM5 sekali muat turun


Terapi Minda 1


Ceriakan hari anda dengan mempelajari terapi minda. Sebagai pelajar sudah tentu ada hari-hari yang menekan perasaan anda. Jangan bimbang. Pelajari teknik terapi minda yang mudah. Di dalam siri ini, lakukan satu teknik mudah.


Pejamkan mata anda dan bayangkan LIMA peristiwa yang melucukan dan membuat anda ketawa. Kemudian lukiskan atau tuliskan peristiwa itu. Tentu jiwa anda lebih tenang.

Selamat mencuba..

Sunday, May 04, 2008

Penipuan Seorang Ibu- SIRI AKHIR

Selepas saya mendapat ijazah sarjana muda, saya meyambung pengajian saya di peringkat sarjana pula. Pengajian saya dibiaya oleh sebuah syarikat melalui biasiswa. Biasiswa itu adalah pemberian sebuah universiti terkenal di Amerika Syarikat. Dengan gaji yang lumayan, saya bercadang membawa ibu menjalani hidup bersama saya di Amerika Syarikat. Biarlah dia bahagia dengan kehidupan barunya. Namun ibu tidak mahu mengganggu kehidupan anaknya lalu berkata, “Ibu tidak biasa dengan kehidupan begitu.”


Ibu semakin tua dan diserang kanses usus lalu dimasukkan ke hospital. Saya yang tinggal jauh beribu-ribu batu, menyeberangi lautan untuk menziarah ibu yang dikasihi. Jelas kelihatan ibu terlalu lemah selepas menjalani pembedahan. Ibu yang semakin uzur itu melihat ke dalam mata anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia cuba tersenyum malangnya dia tidak mampu. Jelas bahawa penyakit yang menyerangnya telah melemahkan tubuh ibu itu. Saya memandang ke wajah ibu dan airmata saya mengalir deras. Saya begitu terharu…sangat terharu melihat ibu di dalam keadaan begitu. Tetapi ibu dengan sedikit kekuatan yang ada berkata,
“Jangan menangis wahai anakku, Ibu tidak sakit.”


Selepas seorang ibu menuturkan kata-kata ini, dia pergi menemui Illahi dan meninggalkan anaknya buat selama-lamanya

P/S: Ibu sanggup mengorbankan dirinya buat kesejahteraan si anak tetapi kini bagaimana sikap anak-anak terhadap orang tua mereka? Fikirkan...

Penipuan seorang Ibu- Siri 3


Ayah jatuh sakit dan telah meninggal dunia. Ibu saya memainkan peranan sebagai ibubapa dan terpaksa mencari rezeki sendirian. Kehidupan kami sekeluarga bertambah runcing. Tiada satu hari pun hidup kami mudah. Kami perlu berjuang untuk hidup dan kehidupan semakin teruk. Seorang pakcik yang baikhati dan tinggal berhampiran rumah kami selalu membantu. Jiran-jiran sering menasihatkan ibu supaya berkahwin lagi tetapi ibu berdegil.
Kata ibu, “Aku tidak perlukan kasih sayang."

Selepas saya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan, inilah masanya ibu saya bersara. Tetapi beliau tidak ingin berbuat demikian. Setiap pagi dia pergi ke pasar dan menjual sayur-sayuran untuk menampung kehidupannya. Saya selalu mengirimkan wang untuk menampung kehidupannya tetapi dia tidak ingin menerima wang pemberian saya. Seringkali dia mengembalikan wang tersebut dan berkata,
“ Wahai anakku. Ibu mempunyai wang yang cukup.”

Wednesday, April 23, 2008

Penipuan seorang IBU- Siri 2


Apabila saya bersekolah rendah, ibu pergi mendapatkan kotak-kotak mancis terpakai yang perlu digam untuk dijual semula. Ini memberikan kami sedikit wang untuk membiayai persekolahan saya. Pada satu musim sejuk, saya terjaga dari tidur dan mendapati ibu masih menyusun kotak-kotak mancis terpakai itu bertemankan sebatang lilin. Dengan penuh semangat ibu tetap meneruskan kerjanya. Saya berkata,” Ibu, pergilah tidur, hari sudah lewat malam. Esok pagi ibu harus bekerja pula.” Ibu hanya tersenyum dan berkata,
“Wahai anakku. Kamu pergilah tidur. Ibu masih tidak penat."

Peperiksaan akhir pun tiba. Ibu mengambil cuti semata-mata mahu menemani saya menjalani peperiksaan itu. Mentari semakin memancarkan sinarnya namun ibu tetap menunggu saya walaupun dia berpanas terik. Apabila loceng berbunyi yang menandakan peperiksaan sudah tamat, ibu dengan segera menuangkan segelas teh yang dibawanya sebagai bekalan. Apabila melihat wajah ibu dibasahi peluh, saya menghulurkan gelas supaya ibu minum teh itu. Namun yang demikian ibu berkata,
“Wahai anakku, minumlah. Ibu tidak dahaga.”

P/S: Seorang anak masih mampu menderhaka walaupun ibu berkorban seluruh hidupnya. Renungkanlah wahai remaja semua.


Monday, April 21, 2008

Penipuan seorang IBU...Siri 1

Renungkanlah kisah pendek ini.

Kisah bermula sewaktu saya masih kecil. Saya adalah anak lelaki bagi sebuah keluarga di Afrika. Kami tidak mempunyai makanan yang sukup. Apabila tiba waktu makan, ibu saya memberi bahagiannya kepada saya. Sewaktu ibu meletakkan nasinya ke dalam pinggan saya, dia berkata, “Makan nasi ini wahai anakku. Ibu tidak lapar.”

Apabila saya semakin besar, ibu saya pergi mengail ikan apabila dia mempunyai masa lapang di sungai berhampiran. Harapan ibu adalah apabila dia dapat mengail ikan, dia dapat memberi saya makanan yang berkhasiat buat tumbesaran saya. Selepas mengail ikan, dia memasakkan sup untuk saya makan kerana itu dapat menaikkan selera makan saya. Sewaktu saya makan, ibu duduk di sebelah saya dan menghabiskan sisa ikan, hanya tulang yang tinggal. Hati saya terusik melihatkan keadaan ibu tetapi dengan pantas ibu berkata, “Makanlah ikan ini anakku. Ibu tidak begitu menyukai ikan."
Inilah penipuan seorang ibu buat anaknya tetapi masih sanggup anak-anak menderhaka kepada ibunya..Bersambung...

Tuesday, April 01, 2008

Muatturun novel-novel remaja

















Baca sekarang! Novel-novel ini boleh dimuatturun melalui handphone anda.


Hanya RM5 setiap buku. Dapatkannya dari http://www.metamobile.com.my/m-book/pts.php .

Mbook PTS-METADOME Sudah Boleh Dibeli!


Dipetik dari laman Sifu PTS,

Buka laman web METADOME klik di sini bagi membeli buku-buku Mbook PTS