Wednesday, December 29, 2010

Yang terbaru buat remaja




Buku terbaru terbitan Penerbit UMP


Dapatkan buku terbaru "MELANGKAH GAGAH: URUS KERJAYA ANDA" dari Penerbit Universiti Malaysia PAHANG. Buku yang berbentuk santai dan praktikal sebagai panduan kepada yang baru di alam pekerjaan, sedang bekerja dan berkira-kira untuk berhenti kerja. Mudah difahami kerana dipersembahkan dalam bentuk cerita. Harga RM45.00 tetapi dapatkan diskaun maut dari penerbit sehingga 40%. Ayuh, dapatkan segera dari http://www.ump.edu.my/ atau hubungi penulis, rizyani@yahoo.com atau zurainaali@gmail.com

Anda pasti tidak menyesal!

Thursday, November 11, 2010

Tip Survival Penerbit: Strategi Relaunch dengan Memperkenalkan Edisi 1+1 (dipetik dari blog Universiti Terbuka PTS- Pn. Ainon)

Strategi 'relaunch' atau 'luncur-semula' adalah amalan yang biasa dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbitan.
PTS ONE Sdn. Bhd., penerbit sastera kanak-kanak remaja yang paling aktif dalam pasaran, kini giat melakukan relaunch karya penulis-penulis popularnya dengan memperkenalkan "Edisi 1+1".
Bagi Edisi 1+1 ini, 2 buah novelet karya pengarang yang sama diterbitkan dalam 1 buku, supaya ia lebih tebal, kerana pembeli novel-novel Melayu sekarang ini mahukan buku-buku yang tebal.
Novel "G.I.M - Gemuk Itu Menarik" karya Puan Ida Rizyani adalah dwilogi novel yang sama dan novel "Elegi Tupai dan Sepet" yang pernah diterbitkan (cover di bawah).
Salah satu harta syarikat penerbitan adalah apa yang disebut 'back titles' atau 'judul lama'. Semakin banyak jumlah back titles yang dimiliki, semakin kaya syarikat penerbitan itu kerana back titles adalah sumber keuntungan.
Bukan semua back titles menjadi 'harta' syarikat. Hanya back titles yang evergreen sahaja yang menjadi harta, baik kepada penerbit mahupun kepada penulisnya.
Sebelum ini PTS meluncurkan semula siri 'Aku Mahu...' oleh Puan Ain Maisarah dan siri 'Dear Yayah' oleh Puan Farihah Iskandar dalam bentuk koleksi premium yang mahal. Meskipun mahal, kedua-duanya laku keras.
Strategi relaunch sangat menguntungkan penulis kerana ia menjadi sumber royalti baru daripada karya lama mereka. Inilah salah satu faktor mengapa para penulis perlu menulis dengan konsep siri dalam perancangan mereka. Judul-judul bersiri mudah diluncurkan semula ke dalam pasaran dengan diberikan pakejing baru.

Thursday, July 08, 2010

SEMALU PUN TAU MALU, INIKAN PULAK PEREMPUAN...

Kisah yang dihantar melalui e mel oleh seorang rakan. Sangat bermakna...
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wa nita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Friday, January 08, 2010

85 Judul Sastera Remaja dan Kanak-Kanak yang Akan Diulangcetak

HAURA HARRY

Alhamdulillah, novel remaja HAURA HARRY termasuk dalam senarai PTS untuk diulangcetak. Semoga pembaca remaja terus memberi sokongan dan idea kepada para penulis untuk terus menghasilkan novel-novel remaja yang bermutu. Novel remaja PTS bertunjangkan kemahiran berbahasa melayu tinggi dan membentuk keperibadian remaja masa kini. Novel HAURA HARRY memberi harapan kepada remaja yang ingin berubah ke arah kegemilangan dunia dan akhirat.