Monday, November 24, 2008

Terapi Minda Lagi

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda kita?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa.
Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi diantara minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba.
Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
(Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126).

Wednesday, September 10, 2008

Kita Tidak Punya Apa-apa


Jangan bersedih lagi...


Mengapa bersedih? Ramadhan memberi kegembiraan tak ternilai. Berdoalah kerana setiap masa dalam Ramadhan langit terbuka luas. Doa akan diangkat segera.Jadi mengapa bersedih lagi?
Adakah kita gagal dlm hidup?
Adakah kita kehilangan org tersayang?
Adakah kita tidak dikasihi manusia?
Adakah kita sakit?
Adakah kita cacat?
Adakah kita tidak mendapat pekerjaan?
Adakah kita tidak menerima penghargaan dari guru?
Adakah kita tidak berjaya mendapat markah tinggi?


Jangan bersedih. Sebagai manusia kita bukanlah sesiapa kerana semuanya milik Allah. Itulah bos kita yang terulung dan tuan segala makhluk. Oleh itu jangan bersedih. Sekiranya manusia tidak menghargai kita, kawan-kawan tidak mempedulikan kita dan kita tidak menjadi tumpuan manusia, tidak mengapa. Kita ada Allah. Mintalah perhatian Allah. Dekatkan diri dengan Allah dan nescaya Allah menganugerahkan nikmat yang tidak terhingga. Rebutlah kasih-sayang Allah kerana itulah yang utama.
Sekiranya kita tidak dihargai manusia, biarkanlah kerana bos manusia itu tahu apa yang kita kerjakan. Bersyukurlah kerana kita tidak disibukkan dengan perkara dunia kerana itulah peluang kita mendekatkan diri kepada Allah. Bercakaplah dengan BOS manusia ini. Tentulah kita tenang dan yakin. Allah akan berikan apa sahaja kepada hambaNya bila-bila masa menurut kehendakNya. Dia tidak memerlukan doa kita untuk menganugerahkan sesuatu tetapi doa itu adalah cara kita mendekatkan diri kepada Allah. Rayulah kepadaNya. Merayu kepada manusia kadang-kadang tidak berjaya dan perlukan balasan tetapi merayu kepada Yang Maha Pengasih, insyallah berjaya. Allah itu sangat cemburu maka rebutlah ia dengan menyebut namaNya selalu.
Ya Allah, kami tidak ada kekuatan melainkan dengan izinMu.
Kami tidak akan cerdik melainkan dengan izinMu.
Kami mohon bantuanMu, tunjuklah jalan yang lurus.
Ya Allah, anugerahkanlah kami kebijakan dan daya ingatan yang kuat supaya kami dapat berbakti kepada insan. Amin
.

Monday, August 18, 2008

Terapi Minda 4

MALAS...

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?" maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam? Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".
P/S: Bagaimana mengatasi MALAS? Adik-adik, sila hantar komen. Cerita ini diperolehi dari e mel yang dihantar sahabat.

Saturday, August 02, 2008


Tips Komunikasi Berkesan – Satu Contoh Rasulullah saw

Hubungan mata – pastikan mata anda melihat audien satu-persatu seolah-olah anda sedang berkomunikasi dengan mereka. Semasa Rasulullah berinteraksi dengan sahabat baginda , mata baginda tidak mengalihkan pandangan dari mereka.


Sentiasa senyum – Rasulullah sentiasa tersenyum semasa berkomunikasi


Kawalan diri – Rasulullah sentiasa mengawal diri dari marah tidak bersebab. Musuh boleh menyerah kalah apabila kita ada kawalan diri


Pintar berbahasa- mempunyai pengetahuan bahasa yang baik untuk menjawab soalan atau meyakinkan seseorang

Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri Pelajar Lembab/Malas/Pandir
• Mengeluh apabila diberi tugasan
• Pergi U untuk mengurat
• Bangun pagi lewat
• Banyak makan, tidur dan rehat
• Meniru
• Suka menyalahkan orang lain apabila gagal

Ciri-ciri pelajar cemerlang

• Kasih dan hormat kepada ibubapa/guru
• Rajin mencari ilmu
• Pandai menjaga kesihatan
• Berdisiplin
• Tidak bercinta
• Aktif
• Sayang dan kenang jasa ibubapa

Strategi pelajar cemerlang
• Solat awal waktu – pengurusan masa
• Baca Al Quran- melatih kelancaran bercakap dan pernafasan
• Pilih makanan halal dan berkhasiat – madu,kismis,za’afaran,kurma
• Jaga kesihatan- lihat HIJAU
• Sukakan wangi-wangian
• Melihat air jernih mengalir
• Memicit-micit jari
• Baca matlamat setiap hari
• Senaman
• Jgn tidur selepas SUBUH dan Asar

Friday, August 01, 2008

Membazirkah KITA?


10 pembaziran yang biasa kita lakukan…

Ilmu- kita tidak mengamalkannya
Amalan – kita buat tidak ikhlas
Harta – habiskan harta tanpa tujuan
Hati – kosong tanpa kasih-sayang Allah. Kita memenuhi hati dengan mencintai seseorang tanpa batasan
Tubuh – tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah
Cinta – lebih cinta kepada lain dari Allah
Masa – tidak digunakan sebaik-baiknya
Kepintaran – menggunakan kepintaran untuk kemusnahan
Khidmat – berkhidmat kepada seesorang yang menjauhkan diri dari Allah
Zikir - tidak meninggalkan kesan kepada hati kita

Dipetik dari: Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Leganya Minda...Satu Pengalaman PhD


Allah Tidak Pernah MERAJUK

Selepas lebih kurang sebulan "kepala berasap" kerana menyediakan proposal PhD, akhirnya hari yang dinanti-nantikan (Betul ke??) tiba jua. Sehari sebelum hari pembentangan proposal, saya berpuasa supaya Allah mudahkan urusan pembentangan. Masih teringat kata-kata ustaz, berpuasalah sekiranya kamu mempunyai hajat. Selain dari itu, bersedekahlah kerana fadhilat sedekah teramat besar. Salah satunya menunaikan hajat contohnya sedang ada masalah dsb...

Pagi itu selepas bersarapan ringkas, suami menghantar ke pejabat dan saya terus menuju ke destinasi yang penuh igauan. Debaran semakin ketara dan selawatlah penenang jiwa. Penantian adalah satu penyeksaan! selepas menunggu hampir dua jam, giliran saya tiba. Saya beristighfar, berselawat dan berdoa di dalam hati. Berbicaralah dengan Tuhan. Allah sentiasa mendengar rintihan kita. Allah tidak pernah lari dari kita. Allah tidak pernah merajuk dengan hambanya. Benar. Walaupun kita sebagai hamba tidak lepas melakukan dosa, Dia tetap memberi nikmat dan rahmat kepada kita. Tanda-tandanya banyak bagi orang yang berfikir!

Saya melangkah ke bilik mesyuarat dengan penuh tenang dan panel penilai proposal sudah bersedia. Dengan kalimah Bismillahirrahamanirrahim, saya ,memulakan pembentangan. Alhamdulillah, pembentangan dilakukan dengan jayanya. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Fuhh..Leganya dapat meneruskan pengajian selepas proposal diterima. Syukurlah.






Terasa segala beban yang dipikul terlerai. Demam yang kebah tak kebah, terus hilang. Memang sah. Ini bahana proposal. Tetapi inilah manisnya menuntut ilmu. Walau dugaan dan cabaran menggunung di hadapan, saya tetap merasakan kemanisannya. Biarlah. Halangan pertama sudah dilepasi. Lega sebentar. Namun langkah seterusnya perlu dilalui. Semoga langkah seterusnya dapat dilalui dengan penuh ketabahan walaupan ada seorang sahabat berkata, "Tungglah saat semasa data analysis." Masih kurang mengerti maksud itu namun yakin dengan rahmah dan pertolongan Yang Maha Bijaksana, insyaallah saya berjaya menggenggam idaman hati.



Thursday, July 24, 2008

Terapi Minda 3


Hikmah sujud



Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.


Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.



Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Saturday, July 19, 2008

Terapi Minda 2







Bebas..Seronok..Dingin...

Satu lagi terapi minda yang percuma dan indah sekali. Berkumpul dengan sanak-saudara sambil menenangkan jiwa di sebuah air terjun. Sambil merapatkan silaturrahim, jiwa dan minda menjadi tenang. Kami menghabiskan masa seharian di tepian air terjun dan menunaikan solat di sana. Membakar ikan, menumbuk sambal dan menggoreng pucuk keledek. Alangkah indahnya hari itu.
Satu anugerah dari Yang Maha Perkasa. Sesekali kita perlu berada jauh dari kesibukan supaya minda kita menjadi segar semula.














Monday, July 14, 2008

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu...


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,


Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,


Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.



Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Sunday, June 29, 2008

Khutbah Wida'





KHUTBAH TERAKHIR

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H
di lembah Uranah, Arafah)
Buat peringatan kita semua...

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.






Wednesday, June 25, 2008

Antara Cinta dan Aqidah


Ayuh Remaja! Bukalah mata hatimu...


Di satu pagi:

"Tolong! Tolong! Ada orang terjun ke dalam sungai," ada satu jeritan yang memecah keheningan pagi itu. Telah ramai pengunjung menjamu selera di warung-warung yang disediakan di tepi sungai itu. Beberapa orang di sekitar terpinga-pinga. Apa yang sudah berlaku? Suasana semakin hingar. Tiba-tiba seorang lelaki yang sedang makan berlari ke arah sungai dan terus terjun. Semakin ramai orang mengerumuni tempat kejadian.




Lelaki itu menyelamatkan gadis yang terjun ke dalam sungai itu. Dengan bersusah-payah dia membawa gadis itu ke daratan. Alhamdulillah, gadis itu dapat diselamatkan. Tanpa diduga, gadis itu menangis teresak-esak.

"Mengapa ni? Apa yang sudah berlaku?" lelaki itu bertanya kepada si gadis. Tiada jawapan. Orang ramai masih mengerumuni lelaki dan si gadis itu. Si gadis terus menangis.

"Apa yang sudah berlaku sehingga awak sanggup terjun ke dalam sungai? Awak hendak bunuh diri kan," lelaki yang dipilih Allah untuk menyelamatkan si gadis terus bertanya. Ingin tahu sebabnya. Si gadis terdiam. Mungkin terkejut dengan suara tinggi si lelaki.

"Betul. Saya hendak bunuh diri. Tak guna lagi saya hidup," terang si gadis. Lelaki itu menarik nafas panjang dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Awak tahu berdosa besar membunuh diri?" tiba-tiba ada suara mencelah. Si gadis itu mengangguk-angguk.

"Habis tu? Mengapa meneruskan niat bodoh ini?" lelaki itu mendesak.

"Saya kecewa dengan sikap teman lelaki saya. Saya nampak dia berjalan dengan perempuan lain. Mesra sangat," kata-kata si gadis membuatkan lelaki itu tersenyum. Si gadis yang baru berusia 17 tahun itu rupa-rupanya kecewa cinta.....

"Satu lagi saya nak tanya. Apasal awak menangis?" lelaki itu ingin tahu.

"Semasa saya terjun ke dalam sungai tadi, saya terus menjadi terlalu takut. Memang saya sudah lemas dan mohon supaya diselamatkan," terang si gadis.

"Awak tak takut dengan azab Allah? Rosak aqidah awak," kata lelaki itu. Si gadis terdiam.

Pengajaran:


1) Kerana cinta yang tidak luhur, si gadis sanggup menggadaikan aqidahnya. Rapuhnya keyakinan terhadap Allah.
2) Cinta sebelum kahwin tiada penghujung dan sia-sia. Tiada konsep bercinta-cintaan sebelum sah ikatan perkahwinan di dalam Islam.

3) Teman hidup yang beriman dan beramal adalah pilihan utama.

4) Menuntut ilmu adalah lebih utama dari mencari cinta yang palsu.

5) Mencari cinta sebelum kahwin adalah satu perbuatan yang sia-sia. Utamakan aqidah kerana ia menjadi pedoman hidup untuk bekalan di akhirat kelak.








Pengumuman PTS One

Assalamualaikum…
Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.
Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...
Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!
Spesifikasi cerpen
Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)
Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)
Hanya 6-8 halaman sahaja!
Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!
Sertakan sekali (diwajibkan)….
Nama penuh:Nama Samaran/Manja:Umur:T. Lahir:E-mel:Blog/Friendster/My Space (jika ada):No. tel: (akan dirahsiakan)Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)Dua novel PTS One yang paling digemari:Dua penulis PTS One yang paling digemari:
Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!

Monday, June 16, 2008

Kalimah Mudah Meringankan Kesusahan


Anda susah hati? Sakit? Gelisah?


Bacalah kalimah ini yang sangat mudah tetapi selalu dilupakan oleh kita. Kalimah "Laa ila haillallah" sangat mudah dan mempunyai banyak kelebihan. Bagi adik-adik yang sedang mengalami kesulitan di dalam hidup (inilah ujian Allah dan manisnya hidup) ucaplah kalimah ini bila-bila masa dan di mana sahaja. Insyaallah segala kesulitan dan kesusahan adik-adik diringankan Allah. Ingatlah janji Allah, setiap kesusahan ada kesenangan. Sabar dengan ujian kerana ujian mematangkan diri dan menjadi kita lebih redha dengan semua ketentuan Yang Maha Perkasa.

Sunday, June 15, 2008

Muat turun mobile book PTS


Dapatkan novel-novel remaja PTS yang membina jiwa dan personaliti anda. Mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para ibubapa dan remaja. Menjadi pilihan di kedai buku MPH dan Popular. Hanya RM5 sekali muat turun


Terapi Minda 1


Ceriakan hari anda dengan mempelajari terapi minda. Sebagai pelajar sudah tentu ada hari-hari yang menekan perasaan anda. Jangan bimbang. Pelajari teknik terapi minda yang mudah. Di dalam siri ini, lakukan satu teknik mudah.


Pejamkan mata anda dan bayangkan LIMA peristiwa yang melucukan dan membuat anda ketawa. Kemudian lukiskan atau tuliskan peristiwa itu. Tentu jiwa anda lebih tenang.

Selamat mencuba..

Sunday, May 04, 2008

Penipuan Seorang Ibu- SIRI AKHIR

Selepas saya mendapat ijazah sarjana muda, saya meyambung pengajian saya di peringkat sarjana pula. Pengajian saya dibiaya oleh sebuah syarikat melalui biasiswa. Biasiswa itu adalah pemberian sebuah universiti terkenal di Amerika Syarikat. Dengan gaji yang lumayan, saya bercadang membawa ibu menjalani hidup bersama saya di Amerika Syarikat. Biarlah dia bahagia dengan kehidupan barunya. Namun ibu tidak mahu mengganggu kehidupan anaknya lalu berkata, “Ibu tidak biasa dengan kehidupan begitu.”


Ibu semakin tua dan diserang kanses usus lalu dimasukkan ke hospital. Saya yang tinggal jauh beribu-ribu batu, menyeberangi lautan untuk menziarah ibu yang dikasihi. Jelas kelihatan ibu terlalu lemah selepas menjalani pembedahan. Ibu yang semakin uzur itu melihat ke dalam mata anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia cuba tersenyum malangnya dia tidak mampu. Jelas bahawa penyakit yang menyerangnya telah melemahkan tubuh ibu itu. Saya memandang ke wajah ibu dan airmata saya mengalir deras. Saya begitu terharu…sangat terharu melihat ibu di dalam keadaan begitu. Tetapi ibu dengan sedikit kekuatan yang ada berkata,
“Jangan menangis wahai anakku, Ibu tidak sakit.”


Selepas seorang ibu menuturkan kata-kata ini, dia pergi menemui Illahi dan meninggalkan anaknya buat selama-lamanya

P/S: Ibu sanggup mengorbankan dirinya buat kesejahteraan si anak tetapi kini bagaimana sikap anak-anak terhadap orang tua mereka? Fikirkan...

Penipuan seorang Ibu- Siri 3


Ayah jatuh sakit dan telah meninggal dunia. Ibu saya memainkan peranan sebagai ibubapa dan terpaksa mencari rezeki sendirian. Kehidupan kami sekeluarga bertambah runcing. Tiada satu hari pun hidup kami mudah. Kami perlu berjuang untuk hidup dan kehidupan semakin teruk. Seorang pakcik yang baikhati dan tinggal berhampiran rumah kami selalu membantu. Jiran-jiran sering menasihatkan ibu supaya berkahwin lagi tetapi ibu berdegil.
Kata ibu, “Aku tidak perlukan kasih sayang."

Selepas saya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan, inilah masanya ibu saya bersara. Tetapi beliau tidak ingin berbuat demikian. Setiap pagi dia pergi ke pasar dan menjual sayur-sayuran untuk menampung kehidupannya. Saya selalu mengirimkan wang untuk menampung kehidupannya tetapi dia tidak ingin menerima wang pemberian saya. Seringkali dia mengembalikan wang tersebut dan berkata,
“ Wahai anakku. Ibu mempunyai wang yang cukup.”

Wednesday, April 23, 2008

Penipuan seorang IBU- Siri 2


Apabila saya bersekolah rendah, ibu pergi mendapatkan kotak-kotak mancis terpakai yang perlu digam untuk dijual semula. Ini memberikan kami sedikit wang untuk membiayai persekolahan saya. Pada satu musim sejuk, saya terjaga dari tidur dan mendapati ibu masih menyusun kotak-kotak mancis terpakai itu bertemankan sebatang lilin. Dengan penuh semangat ibu tetap meneruskan kerjanya. Saya berkata,” Ibu, pergilah tidur, hari sudah lewat malam. Esok pagi ibu harus bekerja pula.” Ibu hanya tersenyum dan berkata,
“Wahai anakku. Kamu pergilah tidur. Ibu masih tidak penat."

Peperiksaan akhir pun tiba. Ibu mengambil cuti semata-mata mahu menemani saya menjalani peperiksaan itu. Mentari semakin memancarkan sinarnya namun ibu tetap menunggu saya walaupun dia berpanas terik. Apabila loceng berbunyi yang menandakan peperiksaan sudah tamat, ibu dengan segera menuangkan segelas teh yang dibawanya sebagai bekalan. Apabila melihat wajah ibu dibasahi peluh, saya menghulurkan gelas supaya ibu minum teh itu. Namun yang demikian ibu berkata,
“Wahai anakku, minumlah. Ibu tidak dahaga.”

P/S: Seorang anak masih mampu menderhaka walaupun ibu berkorban seluruh hidupnya. Renungkanlah wahai remaja semua.


Monday, April 21, 2008

Penipuan seorang IBU...Siri 1

Renungkanlah kisah pendek ini.

Kisah bermula sewaktu saya masih kecil. Saya adalah anak lelaki bagi sebuah keluarga di Afrika. Kami tidak mempunyai makanan yang sukup. Apabila tiba waktu makan, ibu saya memberi bahagiannya kepada saya. Sewaktu ibu meletakkan nasinya ke dalam pinggan saya, dia berkata, “Makan nasi ini wahai anakku. Ibu tidak lapar.”

Apabila saya semakin besar, ibu saya pergi mengail ikan apabila dia mempunyai masa lapang di sungai berhampiran. Harapan ibu adalah apabila dia dapat mengail ikan, dia dapat memberi saya makanan yang berkhasiat buat tumbesaran saya. Selepas mengail ikan, dia memasakkan sup untuk saya makan kerana itu dapat menaikkan selera makan saya. Sewaktu saya makan, ibu duduk di sebelah saya dan menghabiskan sisa ikan, hanya tulang yang tinggal. Hati saya terusik melihatkan keadaan ibu tetapi dengan pantas ibu berkata, “Makanlah ikan ini anakku. Ibu tidak begitu menyukai ikan."
Inilah penipuan seorang ibu buat anaknya tetapi masih sanggup anak-anak menderhaka kepada ibunya..Bersambung...

Tuesday, April 01, 2008

Muatturun novel-novel remaja

















Baca sekarang! Novel-novel ini boleh dimuatturun melalui handphone anda.


Hanya RM5 setiap buku. Dapatkannya dari http://www.metamobile.com.my/m-book/pts.php .

Mbook PTS-METADOME Sudah Boleh Dibeli!


Dipetik dari laman Sifu PTS,

Buka laman web METADOME klik di sini bagi membeli buku-buku Mbook PTS

Saturday, March 29, 2008

Keajaiban Allah...Lautan dan Sungai




Dalam Surah Ar Rahman

Terbukti firman Allah di dalam ayat 19-20 Surah Rahman.Kajian oleh Harun Yahya, sempadan sungai dan laut yang dijadikan Allah terletak di Selat Gibraltar, berhampiran Afrika Selatan (Cape Town). Kedua-duanya tidak bercampur antara satu sama lain. Alangkah hebatnya Allah swt.

Monday, March 17, 2008

Kisah Cinta BIASA


Kerana Dia Manusia Biasa ...


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan.

Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Sebenarnya.. .!!!Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).


Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami.

Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran.

Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan."Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ......."Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
Kepada Yth ........Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik sayaAssalamu'alaikum Wr WbMohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.Saya, yang bernama ........... ... menginginkan anda ............ ... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya.

Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu,

Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. AminWassalamu'alaikum Wr Wb************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *** Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan."Kenapa kamu memilih dia......?""Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.""Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya."Gik.....?""Tidur..... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama.

Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.Wallahu 'alam


P/s: Cinta selepas berkahwin adalah lebih indah dan mengasyikkan kerana ada sahaja perkara baru yg ingin kita ketahui. Cinta yang diredhai Allah.

Friday, March 14, 2008

Kau Tetap Berharga


Kau Tetap Disayangi... Kembalilah ke jalan benar


Seorang Profesor mengeluarkan duit not RM100 dan menunjukkan kepada para pelajarnya. Dia bertanya, "Siapa yang hendakkan duit ini?" Kesemua pelajarnya mengangkat tangan masing-masing. Sebentar kemudian, dia mengeronyokkan not RM100 itu dan bertanya soalan yang serupa.

"Siapa yang hendakkan duit ini?" Masih semua yang berminat. Lantas profesor itu mencampakkan not itu dan memijak-mijak sehingga not itu kotor.
"Siapa yang hendakkan duit ini?" Kesemua pelajarnya masih mengangkat tangan mereka. Profesor itu tersenyum. "Apakah sebabnya kamu awak semua masih hendakkan wang ini?"
Jawab salah seorang pelajarnya, "Sebab itu adalah wang Mesti semua orang tidak akan menolaknya."


"Betul kata awak. Serupalah di dalam hidup kita. Sekiranya awak sebagai remaja telah memilih jalan salah, bertentang di sisi agama, kembalilah ke jalan benar. Awak tetap masih disayangi oleh orang yang menyayangi awak terutamanya ibubapa. Sekali awak melakukan kesalahan, tidak semestinya selama-lamanya awak bersalah. Insaflah dan berusahalah menjadi remaja yang bertaqwa." Kesemua pelajarnya terdiam.


"Sentiasalah meminta ibubapa mendoakan kejayaan awak di dunia dan akhirat kerana jika berjaya di dunia sahaja, itu tidak memberi apa-apa makna," Profesor itu berharap jika ada antara pelajarnya telah tersimpang jauh, kembalilah ke pangkuan keluarga kerana merekalah yang akan tetap menyayangi mereka dan melindungi mereka. Mendapat keputusan cemerlang sahaja tidak mencukupi sekiranya akhlak tidak dijaga. Fikirkan kisah pendek ini...


Teknik Meningkatkan Daya Ingatan Anda...











Di mana anda belajar?

Tempat belajar adalah satu faktor yang dapat membantu and meningkatkan daya ingatan anda. Contohnya, pergilah belajar di bawah pokok, di tepi pantai, sungai dan di tepi padang. Pandanglah persekitaran anda supaya anda tenang. Bacalah beberapa kali, ulang beberapa kali fakta yang perlu dihafal dan lihat ke arah satu objek seperti pokok teratai di dalam tasik.

Apabila anda mengambil ujian, memori anda mudah teringatkan objek yang anda pandang dan itu membantu anda mengingati fakta yang telah anda hafal dahulu. Cubalah....




Tuesday, March 04, 2008

PTS M-book temui pembaca karya kreatif Malaysia



Oleh: Wartawan Berita Harian, Shaidah Shafie


Kaedah terbaru bolehkan kandungan buku dibaca melalui khidmat pesanan ringkas telefon bimbit KANDUNGAN sesebuah buku kini boleh dibaca menggunakan sistem pesanan ringkas di telefon genggam melalui kaedah mobile book (m-book) atau buku telefon bimbit dan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS Publications) kini memanfaatkan kaedah itu.
PTS Publications yang mendapat kerjasama teknikal daripada Metadome Sdn Bhd (Metadome) sudah mula menggunakan pendekatan m-book untuk novel terbitan syarikat itu, Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah.


Pengarah Eksekutif Metadome, Syaizul Amal Zalkafli, berkata percubaan menerbitkan Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah menggunakan kaedah m-book selama dua bulan menunjukkan ia mendapat sambutan hangat. “Sambutan yang diterima dalam tempoh percubaan itu menyebabkan buku dengan 30 halaman itu akhirnya berkembang dan diputuskan diterbitkan secara m-book oleh penerbitnya serta akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008,” katanya pada sesi taklimat m-book di Kuala Lumpur, kelmarin. Sembilan puluh sembilan lagi novel remaja lain dalam bentuk m-book terbitan syarikat terbabit akan turut dilancarkan pada pesta terbabit antaranya ialah Budak Psikik, Kaki Bola, Misi Piramid, Untuk Syampoo, Cinta Laksa dan Ubi, Mekar Sakura di Mimbar Cinta, Sindrom VX dan Yong Tau Foo.


Pesta selama 10 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula 4 April ini turut disertai 185 syarikat yang membabitkan 125 milik tempatan, 37 agensi kerajaan dan 23 dari Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, India, Pakistan, Mesir, Australia serta United Kingdom. Muat turun bahan bacaan melalui telefon genggam begitu terkenal di Jepun dan penyelidikan di negara matahari terbit itu menunjukkan lima judul buku yang menduduki senarai teratas dalam carta pilihan penggemar adalah yang diterbitkan dalam bentuk m-book.


Syaizul Amal menjelaskan, m-book dilengkapi dengan pelbagai ciri multimedia dan jalur interaktif serta berupaya memenuhi selera pembaca yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat dalam masa pantas dan mutakhir. Melalui kaedah m-book, khalayak berpeluang melihat paparan grafik dan mendengar bunyi yang boleh mencetuskan kesan pembacaan lebih menarik serta memudahkan mereka memuat turun senarai terkini bahan bacaan di pasaran.
“Proses muat turun akan berlaku dalam masa beberapa saat. Semua jenis talian boleh digunakan untuk membaca novel melalui telefon genggam anda. Bagaimanapun, proses ini tertakluk kepada liputan kawasan rangkaian talian telefon anda,” katanya. Selain itu, pembaca boleh menikmati paparan kertas hiasan, nada dering, nada dering bergambar, klip video, kad ucapan, animasi, karaoke, aplikasi Java, permainan Java, mesej bergambar, logo operator dan pesanan bersuara. Khalayak yang menggunakan kemudahan m-book PTS Publications hanya dikenakan RM5 untuk setiap muat turun manakala perkhidmatan paparan perhiasan skrin pula dikenakan RM3. Syaizul berkata, kumpulan sasar m-book adalah khalayak berusia 12 hingga 24 tahun kerana pada usia berkenaan mereka sudah berkemahiran menggunakan kemudahan elektronik terutama telefon genggam yang sudah menjadi budaya penting dalam masyarakat.


“Perkembangan maklumat dan ilmu yang bermula dengan kaedah cetakan pada 1400 mencatat perubahan pantas. Daripada cetakan beralih kepada pawagam, radio dan televisyen, sebelum disusuli dengan laman web. “Kemuncak kepada penyebaran maklumat ialah dengan kehadiran telefon genggam dan Metadome bersama-sama PTS Publications memanfaatkan kemudahan ini dengan berusaha memenuhi permintaan pembaca novel,” ujarnya.
Oleh: WanZu

Tuesday, February 12, 2008

Pesan Rasulullah saw


Panduan penting buat remaja




Pesanan yang ringkas tetapi sungguh bermakna untuk menjadi pelajar bistari, pintar dan berakhlak iaitu:



  • Puasa 3 hari setiap bulan

  • Solat Dhuha 2 rakaat

  • Solat Witir sebelum tidur.

Pesanan ringkas tetapi sangat berfaedah untuk menjadi remaja yang ternama. Amalkan walau sedikit namun berterusan.







Sunday, February 03, 2008

AL FATIHAH BUAT SDR. ZAFRAN

Pemergian rakan seperjuangan

Al Fatihah buat sdr Zafran atau lebih dikenali Panaharjuna telah pergi buat selama-lamanya menemui Illahi. Terasa benar kehilangannya dan sungguh terkejut menerima berita ini. Masih teringat lagi kami bersama-sama menuntut ilmu dari Sifu di Bukit Tinggi. Bersemangat hendak memandaikan bangsa. Kini beliau tiada lagi. Hanya buah tangannya sebagai kenangan dan semoga arwah damai di sana. Semoga arwah juga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh kerana pengorbanan arwah sungguh besar, demi menjaga ibu tercinta. Bersama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah buat arwah. Al Fatihah.

Friday, February 01, 2008

Buku Mobile oleh PTS- Metadome




Laporan dari Sifu PTS

Buku-buku ini akan dapat dibaca melalui telefon bimbit anda. Tunggu pelancarannya sempena Pesta Buku Antarabangsa KL pada APril 2008.

Wednesday, January 30, 2008

Teknik Merehatkan Minda



Petua Yang Mudah Buat Remaja





Ingin merehatkan minda anda? Cubalah teknik-teknik yang mudah dan segera untuk tenang dan mengurangkan tekanan.


1) Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan sambil beristighfar dan berselawat.

2) Senaman ringkas supaya fizikal tenang. Gerakkan selama 8 saat. "Stretching" sangat berkesan.

3) Tutup mata dan bayangkan tempat yang menenangkan minda seperti mandi dalam air terjun, bermain di tepi pantai dan tempat yang nyaman.

4) Memandang alam semulajadi yang berwarna hijau.

5) Minum air suam atau teh hijau.

6) Pergi ke tempat yang luas dan udara yang segar. Yang paling penting jangan lupa berdoa dan minta ketenangan hati dari Yang Maha Esa.


Mungkin adik-adik ada teknik tersendiri menenangkan fikiran. Jom kita berkongsi idea. Pos komen di sini. Senyum sokmo!


Monday, January 28, 2008

Sadisnya...

(Dipetik dari kiriman e mel)

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah taksabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz danLin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakinlaju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai kekampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilokkiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga daritidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut."Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpawas-was
."Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong basekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong diaaaa...." Ahmadterus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terusmembelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balakyang besar dan gagah dan.....
BANG!!."Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mana abang Ahmad mak?Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Juliamenangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa
emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas,kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Moral cerita: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda.
Sememangnya tidur selepas Asar amat dilarang keras kerana daya ingatan akan menjadi lemah. Lebih baik bersenam atau bersiar-siar merehatkan minda.

Monday, January 21, 2008

Laman Tok Sidek- Rest House & Motel

ALAMILAH SUASANA KAMPUNG DI TELOK KEMANG

Sekiranya anda ingin merehatkan minda, melepaskan tekanan dan bercuti bersama yang tersayang, Laman Tok Sidek menyediakan pelbagai kemudahan percutian anda. Berdekatan dengan pantai dan pelbagai aktiviti boleh dijalankan.
Jet Ski, Bot, Mengail ikan, wind surfing, menyelam (snorkel), camping dan ada kemudahan BBQ untuk mengadakan Hari Keluarga.
Harga yang berpatutan dan hubungi:
Pn. Saleha Sidek (012 7373448) atau Pn Ierdawati Abd Ghafar (0133566287)
Percutian anda pastinya menyeronokkan. Bila lagi? Jangan tunggu. Buat tempahan anda segera.

Sunday, January 20, 2008

Latihan Kreativiti 3

Menongkah Arus
Manusia sering membuat andaian sekiranya sesuatu berlaku dan kadang-kadang andaian itu meleset sama sekali. Seorang yang kreatif tidak akan membuat andaian secara melulu. Beliau akan menggunakan daya kreatif untuk menyelesaikan masalah. Cuba adik-adik fikirkan beberapa alasan sekiranya perkara ini terjadi:
Anda tertinggal payung di rumah dan sekarang hujan sudah turun dengan lebatnya. Beri 5 sebab mengapa anda perlu bergembira dengan situasi ini.
Cuba hantarkan jawapan kreatif adik-adik....

Monday, January 14, 2008

Petikan dari web sifu PTS

Strategi ‘survive’ Dahulu, Baru Kemudian Fikirkan ‘sastera’

Kita berpeluang berbual-bual dengan seorang pensyarah universiti yang juga mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kata beliau, "Nasib baik kami mempunyai pekerjaan bergaji, jika tidak, di kalangan penulis kreatif, golongan kami adalah yang paling 'miskin'." Mantan peserta MPR itu merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan honorarium yang diterima oleh penulis sastera, dibandingkan dengan penulis-penulis novel-novel popular.
"Novel saya cuma mendapat royalti RM600, selepas 3 tahun terbit," katanya lagi.
Isu pendapatan (income) penulis adalah isu yang tidak habis-habis mencetuskan keluh-kesah di kalangan pengarang sastera. Pendapatan penulis boleh datang daripada pelbagai punca, bukan hanya terhad pada royalti dan honorarium karya sastera yang mereka hasilkan.
Kepada mentee-mentee Sifu yang mahu menjadi sasterawan, ini pesan Sifu.
Naikkan nama saudara berfasa-fasa, macam orang naik tangga. Jangan terus hendak mengukir nama sebagai "sasterawan".
Dalam fasa pertama: Hasilkan karya-karya yang dapat ditulis dengan cepat, dan laku, serta evergreen. Tulislah novel-novel bermutu tinggi untuk pasaran remaja awal dan remaja. Jika 1 novel remaja dapat menghasilkan RM3 ribu setahun, tulis 10 novel remaja. Dengan itu saudara mendapat royalti RM30 ribu setahun.
Kemudian, masuk fasa kedua: Tulis 7 judul novel remaja, dan 1 judul novel sastera.
Masuk fasa ketiga: Tulis 4 novel remaja dan 2 novel sastera.
Fasa keempat: Pada fasa ini, saudara sudah mampu menulis apa-apa karya sastera yang saudara suka, sebab royalti daripada 21 buah novel remaja itu sudah membolehkan saudara survive.
Kalau pada masa itu saudara tidak mahu menulis lagi pun tidak mengapa kerana pendapatan daripada royalti karya-karya evergreen saudara cukup bagi membolehkan saudara hidup selesa.

Nota: Rejab FI adalah contoh penulis novel-novel remaja yang temanya evergreen sehinggakan selepas 30 tahun diterbitkan, novel-novel beliau masih dapat diterbitkan semula dan laku dijual.
Kini Pak Rejab sudah bersara daripada menulis novel tetapi setiap tahun royalti beliau daripada PTS masih mengalir masuk ke dalam akaun banknya.
Karya-karya beliau dahulu diterbitkan oleh penerbit lain, tetapi kemudian selepas dicetak sekali karya-karyanya itu tidak ulang cetak lagi. Beliau kemudian mendapatkan semula hak penerbitan karya-karyanya itu dan menyerahkannya kepada PTS supaya dinilai judul-judul yang mana yang sesuai diterbitkan semula untuk pasaran semasa. PTS memilih 11 judul.

HAURA HARRY

Customized Basketball Jersey - ImageChef.com

Haura Harry juga dipilih PNM

Berita dari web sifu PTS (www.universitipts.com) menyatakan buku Haura Harry telah dipilih PNM. Alhamdulillah. Terimakasih kepada warga PTS yang bertungkus lumus menyediakan ilustrasi dan rekabentuk yang menarik. Terimakasih tidak terhingga kepada sifu PTS yang memberi panduan dan bimbingan penulisan. Semoga PTS terus maju dan berjaya di dalam perjuangan.
Haura Harry hanyalah secebis kisah benar yang dialami seorang budak perempuan dan dilema tomboy mula terhakis apabila Haura mengenali Abang Kamal. Sebuah cerita yang sesuai untuk awal remaja dan remaja.