Tuesday, December 25, 2007

Latihan Kreativiti Lagi

Bacalah Al Quran!
Bacalah Al Quran!
Termangu-mangu Amri apabila diberitahu oleh sepupunya apabila dia bertanyakan soalan bagaimana meningkatkan daya ingatan dan kreativiti.
Sepupunya, Abang Mazlan hanya membalas kata-kata itu. Memang benar apa yang dikatakan Mazlan.
Apabila kita membaca Al Quran, kelenjar-kelenjar di dalam tubuh kita menerima getaran bacaan bertajwid. Di sinilah otak bergerak aktif dan ini merupakan latihan untuk kita petah berkata-kata. Ia juga mengelakkan kita menjadi nyanyuk kerana minda kita sentiasa aktif.
Bacalah Al Quran! Al Quran menjadi peneman kita di alam kubur yang penuh kegelapan. Setiap hari kita mestilah membaca Al Quran walaupun separuh muka.
Kita selalu bergaduh dengan adik-beradik untuk menonton siri kegemaran di TV tetapi pernahkan kita bergaduh kerana berebutkan Al Quran untuk dibaca? Renungkanlah...

Tuesday, December 11, 2007

Rezeki Azam Farid

Azam Farid ditempah PNM

Alhamdulillah, Perpustakaan Negara Malaysia sudah memilih judul Azam Farid untuk dibekalkan kepada PNM sebanyak 1092 naskhah. Terimakasih kepada Puan Ainon Mohd, Sifu PTS yang banyak memberi panduan dan motivasi kepada saya untuk menyiapkan novel remaja ini. Itulah buku pertama yang saya tulis dan diterbitkan oleh PTS One. Tidak lupa juga kepada Editornya, Cik Mazlia dan Ann, Pengurus PTS One yang selalu ceria, Kak Nor.
Terimakasih yang tidak terhingga dan semoga kisah di dalam buku ini dapat dijadikan teladan buat semua. Buat adik-adik, setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan airmata adalah saksi utama susah-payah dalam mendaki tangga kejayaan. Menangis juga adalah satu terapi yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Jadi, menangislah sepuas-puasnya. Bacalah buku ini yang dapat dijadikan modal motivasi untuk kejayaan.

Wednesday, November 21, 2007

Minda dan Rutin Harian

Sesekali tukarkan rutin harian..

Setiap pagi apabila adik-adik bangun dari tidur, sudah tentu adik-adik melakukan aktiviti rutin. Mandi, pakai baju, bersarapan dan pergi ke sekolah (Bukan musim cuti). Aktiviti begini tidak memerlukan minda kita bekerja lebih aktif kerana sudah diprogramkan di dalam minda kerja-kerja rutin itu. Minda kita tidak perlu dilatih melakukannya.
Pada hakikatnya, aktiviti-aktiviti memberi peluang kepada minda supaya kita lebih aktif dan apabila kita aktif, minda kita terpaksa bekerja. Ini melambatkan proses nyanyuk. Tetapi apakata adik-adik mencuba aktiviti berlainan yang memberi kejutan kepada minda kita? Ini memaksa minda lebih berfikiran kreatif. Sebagai contoh, setiap hari adik-adik menaiki basikal ke sekolah. Tetapi sesekali berjalan kaki. Tentu ianya menyeronokkan. Adik-adik bakal berjumpa dengan beberapa perkara yang berlainan dan mungkin mengejutkan.
Musim cuti sekolah, tentunya ramai hanya menonton televisyen atau bermain komputer. Apalah salahnya adik-adik cuba menanam serai, kunyit atau apa sahaja yang ibu perlukan untuk memasak.Jikalau tidak ada ruang, minta ibu belikan pasu kecil. Atau cuba reka taman kecil di dalam rumah. Buatlah akuarium kecil. Mesti seronok.Tetapi awas..jangan sampai mengotorkan rumah.
Aktiviti-aktiviti berlainan menyebabkan minda bekerja lebih keras dan ini membantu minda lebih kreatif. Cubalah tetapi jangan sampai membahayakan diri.

Tuesday, November 20, 2007

"Eksportkan" kerisauan anda...

Bagaimana?

Mengeksportkan kerisauan? Aneh bukan...
Ia bermaksud apakah teknik yang dapat membantu menghilangkan kerisauan adik-adik. Katakan keesokan harinya adik-adik bakal berhadapan dengan satu situasi yang membimbangkan seperti peperiksaan besar, mencabut gigi, dicucuk atau bertanding. Ambil sehelai kertas dan tulislah apa yang menjadi kerisauan adik-adik. Tulislah seperti menulis sepucuk surat kepada seseorang yang memahami diri adik-adik. Insyaallah, kerisauaun adik-adik akan berkurangan. Atau apabila berdoa, bercakaplah dengan Allah apa yang membimbangkan adik-adik semua.
Kerisauan yang tidak berasas dapat dikurangkan kerana minda kita telah diprogramkan supaya kita tidak risau. Minda adalah kejadian Allah yang sangat ajaib. Gunakan kehebatan minda untuk mengawal kebimbangan adik-adik. Selamat Mencuba...

Sunday, October 28, 2007

Situasi Satu Katakan anda sedang berjalan-jalan dan terlihat seorang lelaki di jalanan yang memakai sepasang kasut yang berlainan warna dan jenis. Apakah sebabnya?
Kemungkinan:
1. Hobi
2. Masalah mental
3. Menyamar
4. Terlibat dalam kajian
5. Inginkan perhatian


Situasi Dua Sebatang pokok yang segar tiba-tiba tumbang.
1. Memang sudah "ajalnya".
2. Ditiup puting beliung.
3. Ditebang
4. Dilanggar gajah. (Ha ha ha...)
5. .....

Ini adalah antara jawapan kreatif yg dapat diberikan. Ada pelbagai jawapan yang kreatif dan logik. Inilah cara melihat masalah dari pelbagai sudut. Oleh itu adik-adik jangan cepat melatah apabila berhadapan dengan masalah...

Wednesday, October 24, 2007

Berfikir Seperti Kanak-kanak

Jangan lupakan zaman kanak-kanak anda. Itulah zaman yang penuh dengan memori indah. Seronok. Suka. Gembira. Tetapi apabila meningkat remaja, semakin banyak onak dan duri perlu kita harungi. Namun itu adalah hakikat hidup yang perlu kita tempuhi. Sebenarnya masalah dan halangan yang dihadapi kita merupakan satu "hadiah" dari Allah. Mengapa Allah berikan kita masalah? Masalah mematangkan kita. Masalah menguji kesabaran dan ilmu yang kita ada. Iman kita diuji. Masalah juga adalah tanda Allah sayangkan kita kerana Dia memandang kita dengan rahmah. Oleh itu jangan mengeluh dengan masalah yang ada.
Bagi meredakan tekanan dan kekalutan fikiran, berdoalah kepada Allah. Doa adalah senjata orang Mukmin. Merayu kepada Allah agar diberikan petunjuk untuk menyelesaikan masalah kita. Lakukan solat hajat 2 rakaat.
Mungkin juga adik-adik boleh kembali ke zaman kanak-kanak iaitu melukis, menconteng, menjerit dan sebagainya. Contoh: Lukis satu gambar haiwan yang adik suka. Fikirkan mengapa? Atau andaikan adik-adik berada di zaman batu, apa yang patut adik lakukan? Juga adik-adik menggunakan krayon untuk melakarkan perasaan adik-adik. Dan satu lagi cadangan, tulislah sepucuk surat kepada diri sendiri dan luahkan masalah adik-adik. Gunakan kreativiti adik-adik itu.Cubalah...

Monday, October 22, 2007

Latihan Kreativiti 2

Seronokkan diri anda...
Tentu ibu atau ayah adik-adik selalu meminta bantuan adik-adik menyempurnakan kerja-kerja di rumah. Arahan yang diberikan kadang-kadang menjemukan tetapi apa nak dikata... Suruhan ibubapa wajib dipatuhi kerana berdosa besar sekiranya adik-adik membantah cakap ibubapa yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi membesarkan adik-adik dalam suasana selesa. Oleh itu, apa salahnya kita menggembirakan hati mereka dengan membantu mereka menyiapkan kerja-kerja di rumah.
Di sini ada beberapa tips yang akan membantu adik-adik berasa seronok apabila melakukan kerja-kerja yang adik-adik tidak suka tetapi terpaksa. Dengan itu adik-adik akan berasa lebih seronok dan tidak mustahil menyukai tanggungjawab yang diberikan. Sebenarnya tanggungjawab itu membantu adik-adik menjadi orang yang bertanggungjawab dan menjadi pemimpin satu hari nanti...Contohnya, adik-adik diarahkan mencuci tandas. Jadi apakah cara untuk menyeronokkan "aktiviti: itu?
1. Pasang muzik yang membolehkan adik mengikut rentak dan alunan
2. Tetapkan masa seperti lima minit untuk mencuci sinki.
3. Pelbagaikan aktiviti dalam satu masa seperti menggunakan kedua belah tangan untuk membuat dua kerja
4. Bayangkan seolah-olah adik sedang berperang atau berlawan dengan musuh...
5. Selang-seli dengan aktiviti lain contoh selepas mencuci sinki menyanyi sebentar dan sambung dengan memberus lantai.
Kadangkala kita perlu berfikiran seperti kanak-kanak kecil untuk menyeronokkan diri. Bagaimana? Di dalam pos yang seterusnya akan dibincangkan "Berfikiran kanak-kanak". Tentunya ia membahagiakan. Cubalah...

Wednesday, October 10, 2007

Latihan Kreativiti MINDA

Jadilah Pelajar Yang Kreatif

Pemikir kreatif melihat masalah dari pelbagai sudut yang berbeza. Ini dapat membantu seseorang mempunyai beberapa penyelesaian kepada masalah dan mampu memilih penyelesaian yang paling unik. Sebagai pelajar, apabila adik-adik menghadapi masalah jangan terus membuat satu kesimpulan tetapi tenangkan diri. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan seolah-olah membuang satu beban yang besar dari dalam diri. Memanglah nampak sukar tetapi itu hanya permulaan.

Sekiranya selalu mengambil tindakan begini, masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Yang penting positifkan minda adik-adik. Mari kita mulakan satu latihan kreativiti yang mudah.

Bayangkan adik-adik adalah seorang detektif. Cuba senaraikan 10 sebab mengapa situasi ini berlaku...Cuba ya..

Situasi Satu
Katakan anda sedang berjalan-jalan dan terlihat seorang lelaki di jalanan yang memakai sepasang kasut yang berlainan warna dan jenis. Apakah sebabnya?

Situasi Dua
Sebatang pokok yang segar tiba-tiba tumbang.

Hantar jawapan adik-adik di ruangan komen...Tentu seronok...Selamat mencuba

Tuesday, October 09, 2007

Warisan Nabi saw Buat Pelajar

Amalkan...

1. Minum MADU setiap hari- satu sudu besar tetapi gunakan sudu plastik, bukan besi. Khasiatnya: menajamkan minda, mencergaskan tubuh dan menguatkan jantung

2. Makan kurma 7 biji sehari - bukan setakat bulan Ramadhan sahaja. Ia mencuci usus yakni membuang toksin dari badan

3. Makan kismis 21 biji - mencerdaskan minda

4. Makan/minum za'afaran- sejenis bunga yang sangat berharga. Lebih kurang RM8 ribu sekilogram. Beli 100 g memadai kerana penggunaannya bertahan lama. Dua helai sudah cukup. Menajamkan minda dan menyembuh penyakit.

5. Tidur sebentar sebelum Zohor. Ada kajian menyatakan rehat ini sangat bermenfaat dari sudut kesihatan. Mencegah penyakit jantung. Sekiranya hari sekolah, tidur dalam 15 minit sahaja selepas solat Zohor. Jika terlebih, melemahkan urat saraf (lagi malas...)

6. Puasa- meningkatkan kreativiti.

7. Jangan tidur selepas Subuh dan Asar. Melemahkan fikiran dan saraf.

Amalkan serba-sedikit untuk kecemerlangan dan ketajaman minda.

Monday, October 08, 2007

Masih Berlum Terlewat...Manfaatkan Ramadhan

Hikmah Ibadah Berpuasa Dari Sudut Kesihatan (diambil dari http://www.cvtherapy.com.my)

Terimakasih Dr. Norhisham Wahab


Ketibaan bulan Ramadhan seperti biasa perlu disambut dengan penuh keredhaan, keihklasan, kesabaran dan keheningan bagi memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat. Di samping menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu dan juga untuk memperbaiki amalan, ibadah puasa dapat memberikan banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Amalan berpuasa sebenarnya menyediakan ruang dan daya kekuatan supaya kita dapat menajamkan fokus (daya tumpuan), meningkatkan daya fikiran dan kreativiti minda serta menguatkan spirit/ruhani bukan sahaja untuk merehatkan organ perut setelah sekian lama bekerja memproses makanan. Apabila rasa lapar dan dahaga dapat diatasi dengan kekuatan-kekuatan tersebut, maka zat-zat makanan yang kebanyakannya telah tersimpan di dalam organ hati dapat ditukar menjadi tenaga.

Proses terbalik ini adalah berbeza jika dibandingkan ketika tidak berpuasa. Pada hari biasa, makanan yang diambil akan bertukar menjadi tenaga yang akan digunakan menurut tahap-tahap tertentu. Sebaliknya ketika berpuasa, daya tumpuan dan fikiran di otak pula yang mengawal kerja-kerja organ hati di mana zat-zat makanan akan ditukar menjadi tenaga bagi keperluan tubuh.

Maka sebab itulah kita sepatutnya tidak akan letih dan dahaga di bulan puasa kerana zat-zat makanan yang tersimpan di dalam hati dapat ditukar menjadi tenaga. Malah lebih bertenaga untuk kerja-kerja berfikir dengan kreatif dan amalan keruhanian.

Secara saintifik, telah diperakui bahawa kuasa minda dengan kekuatan mengawal nafsu merupakan suatu sistem yang lengkap untuk meningkatkan aktiviti metabolisma dan juga proses pembersihan hati.

Sunday, October 07, 2007

JJKK dalam Berita Harian Sabtu 6 Oktober 2007-Komen

Jalan Jauh Ke Kampus

Oleh Salbiah Ani

mailto:Anidahiya@nstp.com.my



Novel Islam perbetul salah tanggapan terhadap sekolah tahfiz secara menyeluruh JALAN Jauh Ke Kampus karya Ida Rizyani Tahir tampil sebagai novel berciri Islam yang cuba membetulkan pandangan serong segelintir masyarakat termasuk umat Islam terhadap sekolah dan pelajar tahfiz selain memartabatkan institusi terbabit pada tempat sewajarnya. Novel setebal 332 halaman terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd berharga RM21 senaskhah ini menampilkan Farid Azhar sebagai protagonis yang berjiwa kental dalam usahanya mencapai impian untuk menjadi seorang tahfiz dan serentak itu turut menguasai ilmu duniawi.

Anak bongsu kepada pasangan Encik Lokman dan Puan Halimah ini menyuarakan hasrat melanjutkan pelajaran di Madrasah Randhatul Hasanah di Kuantan meskipun mengetahui dua abangnya, Fahmi dan Faizal mahupun kakaknya, Fauziah cemerlang dalam bidang akademik selain berjaya dalam kerjaya masing-masing. Puan Halimah yang pada mulanya bimbang dengan keputusan anaknya itu akhirnya mengalah selepas suaminya memberi sokongan kepada Farid dan tindakan Pakcik Rashid melarang remaja itu daripada menjadi muazin menguatkan lagi kesungguhannya mendalami bidang terbabit. Bagaimanapun hasratnya itu tidak terlaksana dengan mudah apabila terpaksa mendepani pelbagai hambatan termasuk kematian ayah, ibu dan abang yang tua, Faizal, hampir meleburkan usahanya untuk meraih impian kerana tertekan dengan pelbagai dugaan Ilahi itu.

Sebagai anak manja, Farid pada mulanya tidak dapat menyesuaikan diri apabila terpaksa tinggal di asrama yang memerlukannya berdikari di samping kegarangan Abang Ustaz, salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Raudhatul Hasanah, hampir mematahkan semangatnya. Bagaimanapun dorongan yang diberikan Fauziah akhirnya mengembalikan semangat Farid dan keupayaannya melihat sikap sebenar Abang Ustaz atau Raja Bersiung seperti digelar pelajar senior Madrasah Raudhatul Hasanah akhirnya membantunya memanfaatkan kehadirannya di sekolah terbabit. Abang Ustaz atau nama sebenarnya Bahrain, rupa-rupanya bukan saja pelajar senior di Madrasah Raudhatul Hasanah, tetapi juga guru dan tukang masak di sekolah berkenaan yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa bagi menanggung pengajiannya kerana kebetulan beliau yatim piatu.
Pembaca turut dihanyutkan dengan kemuliaan hati Abang Ustaz yang sanggup bersengkang mata menjaga pelajar yang sakit termasuk Fahrin apabila diserang asma meskipun hakikat jadual hariannya ketat sehingga akhirnya pelajar itu menghargai beliau. Ketika menunaikan umrah bersama keluarga, Fahrin berdoa di Masjidil Haram agar Abang Ustaz ditemukan jodoh dengan Fauziah, meskipun mengetahui kakaknya itu pernah menolak kemungkinan terbabit ketika remaja itu merisik secara berseloroh mengenai calon suami yang diingini gadis itu, atas alasan tidak mengenali lelaki terbabit. Impian Fahrin tertunai apabila selepas kematian ayahnya, rombongan Abang Ustaz yang meminang Fauziah diterima dengan hati terbuka oleh Puan Halimah dan ternyata beliau membuat keputusan tepat kerana lulusan tahfiz itu akhirnya menjadi tunggak kehidupan keluarganya meskipun selepas kematian ibu Fahrin. Pembaca turut dibawa menghayati penghayatan Ramadan di Masjidil Haram dengan imam tahfiz Tarawih di Makkah ditunggu-tunggu jemaah daripada pelbagai negara di seluruh dunia dan kemurahan hati kelompok kaya di negara itu bersedekah pada Ramadan.
Melalui watak Fahrin dan rakan-rakannya di sekolah tahfiz, pembaca berpeluang menyelami kelebihan mengambil secubit garam sebelum menikmati juadah makanan seperti yang diamalkan Rasulullah SAW kerana ia dapat mengelakkan 99 jenis penyakit. Sistem pengajaran di sekolah tahfiz turut diperkenalkan dalam novel ini dengan penekanan kepada kaedah menghafal al-Quran dalam suasana pengajaran tegas dan menekankan disiplin selain kegiatan riadah mahupun hubungan mereka dengan masyarakat luar di samping pengiriman pelajar tahfiz sebagai imam untuk solat Tarawih. Konflik pelajar tahfiz dengan sikap masyarakat yang memandang sistem persekolahan terbabit tidak memberi jaminan masa depan kepada lulusannya dibincangkan secara berpijak di bumi nyata lewat beberapa watak, dapat mendorong pembaca novel ini untuk memberi penilaian lebih saksama. INFO: Jalan Jauh Ke Kampus

Karya: Ida Rizyani
Harga RM21 senaskhah
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Tebal: 332 halaman
Bintang: ***

Ahli akademik hasilkan novel IDA Rizyani Tahir menaiki tangga dunia penulisan kreatif dengan berjinak-jinak menyumbang karya kepada Dewan Pelajar dan Dewan Siswa selain menyertai Pertandingan Menulis Esei Peringkat Kebangsaan serta mengirim rencana kepada majalah tanah air. Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi, Universiti Malaysia Pahang (UMP) ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Utara Malaysia.
Anak kelahiran Kuantan, Pahang, ini sudah menghasilkan beberapa novel dan buku umum iaitu Azam Farid, Elegi Tupai & Sepet, Haura Harry, Jalan Jauh Ke Kampus, Kerjaya Sebagai Juruaudit, GIM… Gemuk Itu Menarik dan JAY… Janji Anak Yatim. Ida Rizyani yang menjadikan membaca, melancong dan memasak sebagai hobinya turut membentangkan kertas kerja Aspirasi Pekerja Terhadap Majikan di Konferens Kebangsaan Pengurusan Sumber Manusia 2002 dan Pembangunan Model Usahawan- Teknologi (Konferens Usahawan Muslim 2007).

Thursday, October 04, 2007

Salam Aidilfitri


MAAF ZAHIR & BATIN

Jangan TIDUR lagi

Jangan TIDUR lagi sebelum adik-adik membaca:

  • Surah Al Ikhlas 3X ibarat membaca satu Al Quran
  • Selawat ke atas junjungan Nabi saw. Dialah pemberi syafaat di akhirat kelak
  • Tasbih, Tahmid dan takbir
  • Istighfar

Juga memaafkan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita. Hati menjadi lebih tenang. Amalkan sedikit tetapi istiqamah.

Wednesday, October 03, 2007

Watak utama...AZAM FARID.

Customized Football Jersey - ImageChef.com

JAY..Janji Anak Yatim

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Watak Utama...Haura Harry

Customized Basketball Jersey - ImageChef.com

Bersedekah Lagi...

Mak : Kamu sudah bersedekah hari ini?
Muaz : Belum
Mak : Mengapa?
Muaz : Tidak ada duitlah, mak.
Mak : Masakan sepuluh sen pun tiada?
Muaz : Ada tapi sepuluh sen sedikit sangat.
Mak : Apa pula? Nilai tidak penting. Niat ikhlas lagi utama.
Muaz : Hmm... Baiklah. Sekejap lagi saya sedekahkan di surau kita itu.
Mak : Ingat, semasa bersedekah niatkan pahala kepada mak dan ayah, guru-guru dan minta
Allah penuhi hajat kamu.
Muaz : Apa kaitan dengan hajat saya, mak?
Mak : Mohon pada Allah supaya hajat apa sahaja dipenuhi. Itulah kehebatan bersedekah.
Muaz : Hebatnya. Tidak sangka begitu.
Mak : Bersedekah mendidik hati bersyukur dengan nikmat Allah dan mendidik kita menjadi
pemurah.
Muaz : Baiklah. Saya pergi sekarang.
Mak : Tetapi berhati-hati kerana sekarang ramai yang berpura-pura meminta sedekah.
Muaz : Mak jangan risau. Saya hendak ke surau sekarang juga.

Muaz berlari-lari ke arah surau yang berdekatan. Dia mahu mengambil keberkatan di bulan Ramadhan ini. Ayuhlah remaja. Bersedekahlah supaya hati menjadi lebih tenang, rendah hati dan mohon hajat dipenuhi.

Tuesday, September 25, 2007

Pantun Ramadhan & Syawal

Pantun digubah pembuka cerita,
Untuk tatapan rakan semua,
Lafaz Bismillah jangan dilupa,
Agar urusan dipermudah oleh-Nya.

Rejab, syaaban selesai sudah,
Hadir kini Ramadhan yang indah,
Marilah kita mengerjakan Ibadah,
Tanda bersyukur kepada Allah.

Ramadhan bulan penuh rahmat,
Hayati ia setiap saat,
Lakukan ibadat dengan taat,
Agar hidup sentiasa diberkat.

Habis Ramadhan, raya mernjelma,
Semua insan bersuka ria,
Fakir & miskin jangan dilupa,
Zakat fitrah yang paling utama.

Cincin emas, cincin suasa,
Cantik dipakai di Aidilfitri,
Andai ada terkasar bahasa,
Salah silap harap dimaafi.

Ramai juga orang tak puasa,
Simpan makanan dalam tin,
Diucapkan Selamat Hari Raya,
Mohon maaf zahir & batin.

Hari Raya setahun sekali,
Duit raya jangan tak bagi,
Tiba masa mengundur diri,
Lain masa bertemu lagi.


hasil nukilan - nor azimah adam
11 ramadhan 1428

Monday, September 24, 2007

Sedutan Kisah dari novel GIM..Gemuk Itu Menarik

Puasa Pertama


Puan Fatehah sudah membeli lauk-pauk yang agak istimewa kerana esok atau lusa bulan puasa bermula. Sudah tentu Najwa mempunyai pelbagai permintaan kerana tahun itu merupakan tahun pertama Najwa akan berlatih berpuasa.


“Esok kita berpuasakah, ibu?” tanya Najwa inginkan kepastian.
“Ibu pun tidak tahulah. Nanti kita tunggu pengumuman di dalam televisyen,” balas Puan Fatehah yang sedang melipat kain. Encik Nordin sedang khusyuk membaca akhbar dan sesekali menjeling ke arah televisyen yang sedang ke udara itu.
“Kamu hendak berpuasa esok?” tanya Encik Nordin.


“Teringin hendak cuba. Ibu kata sekiranya saya tamat puasa tahun ini, ibu akan membelikan saya basikal baru,” dengan penuh semangat Najwa memberitahu ayahnya.
“Laratkah kamu itu menahan lapar? Selalunya terlewat makan sahaja, sudah mengadu pening kepala,” Encik Nordin tergelak kecil.
“Ayah lihatlah nanti. Saya mampu habiskan puasa tahun ini,” tingkah Najwa dengan tegas.


“Baguslah azam kamu itu. Cuma jangan hangat-hangat tahi ayam,” pesan Encik Nordin.
“Saya cuba, ayah,” janji Najwa. Najwa mendapatkan Nadia yang sedang bermain anak patungnya. Mereka berdua bermain bersama dan Nadia cukup gembira apabila kakaknya bermain bersamanya.
“Sebentar lagi adalah pengumuman tarikh permulaan puasa pada tahun ini,” pembaca berita memaklumkan.


“Kamu berdua diam sekejap. Kita dengar bilakah hari mula berpuasa,” arah Puan Fatehah kepada anak-anaknya. Najwa terdiam dan matanya memfokuskan ke arah televisyen.
“Tarikh permulaan 1 Ramadhan adalah pada hari esok bersamaan...,” belum sempat pengumuman tamat, Najwa sudah menjerit gembira.
“Hooray! Esok mula berpuasa,” laung Najwa membuatkan Nadia tersentak. Terkebil-kebil Nadia melihat tingkahlaku kakaknya itu.


“Malam ini tidur awal kerana pagi esok kita bersahur. Ibu gerakkan kamu pukul lima pagi,” arah Puan Fatehah.
“Mengapa lewat sangat? Nanti tidak sempat hendak makan,” protes Najwa.
“Nabi Muhammad kata akhirkan waktu sahur kerana banyak kebaikannya tetapi berbuka puasa mesti disegerakan,” terang Puan Fatehah. Najwa mengangguk-angguk tanda faham. Dia berazam supaya dia dapat menghabiskan puasa pada keesokan harinya. Dia tidur awal pada malam itu atas arahan ibunya.


"Bangun cepat. Kita bersahur," tiba-tiba Najwa merasakan badannya digerakkan.
"Mengantuklah, ibu," sahut Najwa seraya menguap.
"Selepas sembahyang Subuh nanti, kamu sambung tidur," balas ibunya. Najwa akur. Dia bangun dan menuju ke dapur. Dia lihat ayahnya sudah menunggunya di meja makan. Ditenungnya lauk-pauk yang dihidangkan ibunya.


"Apa lagi yang dimenungkan itu? Cepat makan,"sergah Encik Nordin. Najwa tersentak. Diambilnya lauk yang berdekatan dengan pinggan nasinya.
"Makan sayur banyak-banyak. Elok untuk kesihatan," celah Puan Fatehah yang melihat kerenah anaknya itu. Najwa tidak membantah. Encik Nordin mengambil ayam goreng kegemaran anaknya dan meletakkan ke dalam pinggan Najwa.
"Sedapnya ayam ini," mata Najwa terbuka agak luas.


"Kamu ini, hantu ayam. Pantang melihat ayam, terus terbuka selera," gumam Puan Fatehah.
"Jangan makan banyak waktu sahur ini. Sayur dan buah-buahan tidak mengapa," Puan Fatehah terus mengingatkan Najwa. Najwa makan dengan penuh selera dan sebaik sahaja nasinya sudah habis, dia bangun menuju ke sinki membasuh tangan.


"Kenyangnya perut saya," Najwa berkata sebaik sahaja menghabiskan air minumannya.
"Ayah sudah pesan. Minum air sebelum makan," Encik Nordin menjeling ke marah ke arah Najwa. Najwa segera menuju ke ruang tamu. Takut ayahnya terus membebel.
"Selepas solat nanti, tidur semula," pesan Puan Fatehan sesudah membasuh pinggan-mangkuk yang kotor. Najwa yang kekenyangan tidak menyahut. Mujurlah hari puasa pertama jatuh pada hari Ahad. Selepas menunaikan solat Subuh, Najwa terus menghempaskan dirinya di atas katil. Kira-kira jam sepuluh setengah pagi, Najwa terjaga dari tidurnya apabila terdengar suara adiknya, Nadia terjerit-jerit memanggil ibu mereka.


"Kacau sungguh si Nadia ini. Orang hendak tidur pun, tidak senang," rungut Najwa. Perlahan-lahan Najwa bangun dan melihat ke luar tingkap. Kelihatan ayahnya sedang membasuh kereta. Apabila dilihat ayahnya yang sedang memberus tayar, Najwa terus berlari ke luar, hendak membantu ayahnya.


"Ayah, saya hendak tolong," Najwa menawarkan dirinya.
"Tidak perlu. Nanti penat, kamu pula haus. Hari inikan puasa," larang Encik Nordin.
"Tidak mengapa. Sedikit sahaja," Najwa memancutkan air ke arah kereta ayahnya itu. Diambilnya span dan dia menggosok pintu kereta. Dia menyanyi-nyanyi kecil.
"Ayah tidak mahu mendengar kamu merungut lapar atau dahaga selepas ini," Encik Nordin seolah-olah terus memberi amaran.
"Dijamin seratus-peratus," Najwa memberi keyakinan.
"Bagus," jawab ayahnya sepatah. Najwa terus membantu ayahnya tanpa mempedulikan Nadia yang masih merengek-rengek.
"Bisinglah adik," rungut Najwa.


"Bukannya kamu tidak tahu. Inikan masanya dia makan," jelas Encik Nordin.
"Oh ya. Terlupa pula saya. Ibu masak apa untuk Nadia?" tanya Najwa kepada ayahnya.
"Biasalah. Nasi bubur campur ayam dan lobak," terang Encik Nordin. Hati Najwa tersentak. Ayam. Detik hatinya.
"Tolong sembur air ke atap kereta. Selepas itu, kamu tutup paip air. Ayah hendak mengelap kereta dan menjemurnya," Najwa mendengar kata-kata ayahnya dengan teliti. Sebaik sahaja, dia selesai membantu ayahnya, Najwa berehat di atas kerusi panjang.
"Penatnya," rungut Najwa. Dia menggeliat dan bangun menuju ke dapur. Dibukanya peti ais dan mengambil air oren kegemarannya. Diminumnya air oren sehingga habis.
"Kamu sudah berbuka puasa?" tiba-tiba terjengul wajah ibunya, separuh menjerit. Najwa terpinga-pinga.


"Saya terlupa," Najwa terus cuba mengorek kerongkong supaya air yang diminumnya tadi dapat dikeluarkan.
"Apa yang kamu buat itu?" soal ibunya.
"Bukankah puasa? Saya tidak mahu berbuka puasa. Saya terlupa tadi," jelas Najwa.
"Tidak perlu berbuat begitu. Tidak mengapa kerana kamu lupa," Puan Fatehah menjelaskan kepada anaknya. Mata Najwa berair akibat menjolok kerongkongnya.
"Pergilah berehat. Hari semakin tengahari, nanti mulalah lapar dan dahaga lagi," nasihat Puan Fatehah.


"Sedapnya bau bubur Nadia," komen Najwa.
"Jangan duduk di dalam dapur. Pergi mandi dan berehat," Puan Fatehah bimbang Najwa akan menghabiskan nasi bubur adiknya pula.
"Petang nanti, ibu masak sedap-sedap ya. Saya hendak makan ayam goreng pedas, ikan bakar dan sayur kangkung," Najwa membuat pesanan.
"Air bandung ya, ibu," pinta Najwa lagi.
"Kamu ingat ini restoran?" sergah ibunya.
"Kuih lompat tikam dan karipap jangan lupa," Najwa tidak sabar-sabar lagi menunggu waktu berbuka puasa.


"Banyaknya permintaan tuan puteri," perli Puan Fatehah. Najwa tidak mempedulikan kata-kata ibunya dan dia terus berlalu pergi. Hari yang semakin meninggi membuatkan Najwa berasa semakin penat dan dahaga. Dia hanya terdampar di atas kerusi panjang.
"Mengapa dengan kamu?" sapa ayahnya seraya mengambil akhbar hari itu.
"Pening kepalalah, ayah," sahut Najwa, manja. Memohon simpati.
"Baru hari pertama sudah ada masalah?" soal ayahnya separuh tergelak.
"Laparlah, ayah," sahut Najwa lemah.


"Biasalah. Ini kali pertama kamu berpuasa," Encik Nordin mengusap kepala anaknya itu.
"Kamu berehatlah. Sebab itu ayah melarang kamu membantu ayah tadi," tambah Encik Nordin. Encik Nordin memasang televisyen sambil melayani Nadia bermain.Najwa bangun dan berjalan ke hulu ke hilir. Sesekali matanya melirik ke arah jam di dinding.
"Ada lebih kurang dua jam lagi," hatinya berbisik. Dia menjenguk ibunya di dapur. Puan Fatehah sedang sibuk menyediakan awas hendak memasak.


"Pergi main dengan adik kamu. Sekiranya kamu duduk di sini, nahas. Bawang putih pun nanti kamu habiskan," gurau Puan Fatehah. Najwa berjalan dengan perlahan menuju ke arah Nadia yang sibuk bermain dengan anak patungnya itu. Najwa hanya menjeling apabila melihatkan adiknya menghisap straw yang berisi air sirap.


"Sabar, Najwa. Sabar. Ada dua puluh sembilan hari lagi," Najwa memujuk dirinya.
"Rugi sekiranya berbuka puasa," Najwa menguatkan semangatnya.
"Jangan duduk berhampiran adik kamu. Nanti mulalah terminum air lagi," pesan Encik Nordin. Najwa berbaring semula dan hidungnya terhidu bau masakan ibunya.
"Apabila waktu berbuka nanti, aku hendak makan banyak-banyak," kata Najwa kepada dirinya. Sementara menunggu waktu berbuka, Najwa terus berangan-angan.


"Sudah hampir waktu berbuka. Mari tolong ibu siapkan pinggan dan gelas. Ibu hendak buat air bandung," Puan Fatehah memanggil Najwa. Seperti kebiasaan, Najwa mengatur gelas dan pinggan nasi di atas meja. Dilihatnya hidangan di atas meja dengan penuh semangat.
"Sedapnya," ujar Najwa. Sesudah segalanya tersedia, mereka sekeluarga berkumpul dan menanti azan Maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa.
"Jangan lupa, makan buah kurma dahulu dan minum air masak," pesan Encik Nordin. Najwa masih teringat kata-kata Ustaz Fahmi minggu lepas.


"Buah kurma memberi tenaga selepas seharian berpuasa. Itulah kebiasaan yang Nabi Muhammad lakukan," pesan Ustaz Fahmi kepada para pelajarnya sempena persediaan menghadapi bulan Ramadhan.
Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, Najwa makan beberapa biji buah kurma dan minum air masak. Dia tidak sabar-sabar lagi hendak menjamu selera. Dia mengambil ayam goreng dan sayur kangkung kegemarannya. Sebelum menyuap nasi, dia makan dua biji karipap dan kuih lompat tikam yang dipesan kepada ibunya. Perutnya terasa penuh namun dia tetap dengan niatnya hendak makan nasi. Selepas beberapa suapan, tekaknya berasa loya.


"Mengapa dengan kamu?" tanya Puan Fatehah. Hairan apabila Najwa tiba-tiba menghentikan suapannya. Najwa tidak menjawab sebaliknya dia berlari-lari menuju ke tandas.
"Uwek. Uwek," bunyi suara Najwa dari tandas.
"Anak awak muntah," Puan Fatehah memaklumkan kepada suaminya. Puan Fatehah mengurut belakang Najwa dan Najwa terus memuntahkan segala apa yang baru dimakannya tadi. Sesudah berasa lega, Najwa membasuh mukanya dan berkumur-kumur. Dia terus terbaring di tengah ruang tamu rumahnya.
"Penatnya, ibu," adu Najwa.


"Itulah. Ibu sudah berpesan supaya makan sedikit dahulu. Rehat, kemudian sambung makan tetapi kamu berdegil," marah Puan Fatehah. Najwa tidak terkata apa-apa lagi. Dia sudah tiada selera hendak makan ayam goreng kegemarannya itu. Biarlah dia berehat dahulu. Dia takut akan muntah lagi. Najwa lihat ayahnya hanya tersenyum dari jauh.

Tuesday, September 18, 2007

MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama.
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggungkesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir.
Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaganabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranyamimpi gadis tersebuta dalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"

SOLAT AKHIR WAKTU

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea .....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang
Ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita melalui tol-tol di setiap lapisan langit.
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
TapiJika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh
Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,La?.
Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit,
Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish?.Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti
Ya Allah !!!
Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.
Amin...
Dipetik dari emel yang diterima.Terimakasih kepada yang menulisnya...

Sunday, August 19, 2007

JAY..Janji Anak Yatim

Sudah terbit...Janji Anak Yatim. Hanya RM16.00 sahaja (Sem. M'sia). Kisah benar mengenai seorang anak yatim yang mengharungi hidup demi membela maruah keluarganya. Sebuah buku yang dapat menyuntik semangat untuk berjaya di dalam hidup. Dapatkan di

http://www.pts.com.my
http://www.bookcafe.com/

Juga terdapat di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai buku berhampiran anda. Sangat sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang..Adnan merupakan simbol keberanian dan kejayaan seorang anak yatim.

Tuesday, July 24, 2007

Coretan Hari Ini

Sudah lama tidak melakarkan apa-apa catatan di dalam blog ini. Kesibukan?Hmm..Semua insan menyatakan kesibukannya. Namun mereka lupa Allah telah memperuntukkan masa yang secukupnya buat semua. Bagaimana orang yang berjaya memperuntukkan masa mereka?Bukankah mereka juga mempunyai 24 jam sehari semalam. Sama dengan kita. Tetapi itulah MANUSIA..Manusia penuh dengan pelbagai alasan.

Pelbagai kisah yang boleh menginsafkan kita yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tetapi insafkah kita? Sebagai remaja yang penuh dengan keazaman, jadikan ia sebagai tauladan dan titik permulaan untuk kita berubah. Kemarau yang melampau, gempa bumi di beberapa tempat, ribut-taufan dan pelbagai lagi kejadian adalah amaran Allah kepada kita semua. Kita perlu bersedia untuk kembali ke jalanNya.

Cucilah hati dan minda kita dengan zikir kepada Allah. Berboraklah dengan Allah. Bukannya susah. Pasti hati menjadi tenang. Fokuskan minda dan bertafakur nescaya hati tenang. Yang penting hati terus berbunga dengan keazaman untuk menjadi insan yang terbaik disisi Allah.

Tuesday, January 16, 2007

Sebuah Dialog Indah

A dialogue between a flower and a pearl

One day, a brilliantly beautiful and fragrant flower with attractive colors met a pearl that lives far in the bottom of the sea and has none of these characteristics. Both got acquainted with each other.

The flower said: “Our family is large; roses and daisies are members of the family. And there are many other species that are various and countless, each has a distinctive scent, appearance etc.”

Suddenly, a tinge of distress appeared on the flower. “Nothing accounts for sorrow in your talk; so why are depressed?”

The pearl asked. “Human beings deal with us carelessly; they slight us. They don’t grow us for our sake but to get pleasure from our fragrance and beautiful appearance. They throw us on the street or in the garbage can after we are dispossessed of the most valuable properties; brilliance and fragrance”

The flower sighed. And then the flower said to the pearl: “Speak to me about your life! How do you live? How do you feel it? You are buried in the bottom of the sea. ”

The pearl answered: “Although I have none of your distinctive colors and sweet scents, humans think I am precious. They do the impossible to procure me. They go on long journeys, dive deep in the seas searching for me. You might be astounded to know that the further I lay, the more beautiful and brilliant I become.

That’s what upraises my value in their thought. I live in a thick shell isolated in the dark seas. However, I’m happy and proud to be in a safe zone far from wanton and mischievous hands and still the humans consider me highly valuable”

Do you know what the flower and the pearl symbolize?

Think Think

You will find that:
The flower is the unveiled woman (who shows her charms) and the pearl is the veiled woman (who conceals her beauties) Think about it!

___________ _________ _________ ______
Syed Muhammad Kashif Ali Abidi