Tuesday, July 24, 2007

Coretan Hari Ini

Sudah lama tidak melakarkan apa-apa catatan di dalam blog ini. Kesibukan?Hmm..Semua insan menyatakan kesibukannya. Namun mereka lupa Allah telah memperuntukkan masa yang secukupnya buat semua. Bagaimana orang yang berjaya memperuntukkan masa mereka?Bukankah mereka juga mempunyai 24 jam sehari semalam. Sama dengan kita. Tetapi itulah MANUSIA..Manusia penuh dengan pelbagai alasan.

Pelbagai kisah yang boleh menginsafkan kita yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tetapi insafkah kita? Sebagai remaja yang penuh dengan keazaman, jadikan ia sebagai tauladan dan titik permulaan untuk kita berubah. Kemarau yang melampau, gempa bumi di beberapa tempat, ribut-taufan dan pelbagai lagi kejadian adalah amaran Allah kepada kita semua. Kita perlu bersedia untuk kembali ke jalanNya.

Cucilah hati dan minda kita dengan zikir kepada Allah. Berboraklah dengan Allah. Bukannya susah. Pasti hati menjadi tenang. Fokuskan minda dan bertafakur nescaya hati tenang. Yang penting hati terus berbunga dengan keazaman untuk menjadi insan yang terbaik disisi Allah.

No comments: