Wednesday, November 21, 2007

Minda dan Rutin Harian

Sesekali tukarkan rutin harian..

Setiap pagi apabila adik-adik bangun dari tidur, sudah tentu adik-adik melakukan aktiviti rutin. Mandi, pakai baju, bersarapan dan pergi ke sekolah (Bukan musim cuti). Aktiviti begini tidak memerlukan minda kita bekerja lebih aktif kerana sudah diprogramkan di dalam minda kerja-kerja rutin itu. Minda kita tidak perlu dilatih melakukannya.
Pada hakikatnya, aktiviti-aktiviti memberi peluang kepada minda supaya kita lebih aktif dan apabila kita aktif, minda kita terpaksa bekerja. Ini melambatkan proses nyanyuk. Tetapi apakata adik-adik mencuba aktiviti berlainan yang memberi kejutan kepada minda kita? Ini memaksa minda lebih berfikiran kreatif. Sebagai contoh, setiap hari adik-adik menaiki basikal ke sekolah. Tetapi sesekali berjalan kaki. Tentu ianya menyeronokkan. Adik-adik bakal berjumpa dengan beberapa perkara yang berlainan dan mungkin mengejutkan.
Musim cuti sekolah, tentunya ramai hanya menonton televisyen atau bermain komputer. Apalah salahnya adik-adik cuba menanam serai, kunyit atau apa sahaja yang ibu perlukan untuk memasak.Jikalau tidak ada ruang, minta ibu belikan pasu kecil. Atau cuba reka taman kecil di dalam rumah. Buatlah akuarium kecil. Mesti seronok.Tetapi awas..jangan sampai mengotorkan rumah.
Aktiviti-aktiviti berlainan menyebabkan minda bekerja lebih keras dan ini membantu minda lebih kreatif. Cubalah tetapi jangan sampai membahayakan diri.

No comments: