Friday, March 14, 2008

Kau Tetap Berharga


Kau Tetap Disayangi... Kembalilah ke jalan benar


Seorang Profesor mengeluarkan duit not RM100 dan menunjukkan kepada para pelajarnya. Dia bertanya, "Siapa yang hendakkan duit ini?" Kesemua pelajarnya mengangkat tangan masing-masing. Sebentar kemudian, dia mengeronyokkan not RM100 itu dan bertanya soalan yang serupa.

"Siapa yang hendakkan duit ini?" Masih semua yang berminat. Lantas profesor itu mencampakkan not itu dan memijak-mijak sehingga not itu kotor.
"Siapa yang hendakkan duit ini?" Kesemua pelajarnya masih mengangkat tangan mereka. Profesor itu tersenyum. "Apakah sebabnya kamu awak semua masih hendakkan wang ini?"
Jawab salah seorang pelajarnya, "Sebab itu adalah wang Mesti semua orang tidak akan menolaknya."


"Betul kata awak. Serupalah di dalam hidup kita. Sekiranya awak sebagai remaja telah memilih jalan salah, bertentang di sisi agama, kembalilah ke jalan benar. Awak tetap masih disayangi oleh orang yang menyayangi awak terutamanya ibubapa. Sekali awak melakukan kesalahan, tidak semestinya selama-lamanya awak bersalah. Insaflah dan berusahalah menjadi remaja yang bertaqwa." Kesemua pelajarnya terdiam.


"Sentiasalah meminta ibubapa mendoakan kejayaan awak di dunia dan akhirat kerana jika berjaya di dunia sahaja, itu tidak memberi apa-apa makna," Profesor itu berharap jika ada antara pelajarnya telah tersimpang jauh, kembalilah ke pangkuan keluarga kerana merekalah yang akan tetap menyayangi mereka dan melindungi mereka. Mendapat keputusan cemerlang sahaja tidak mencukupi sekiranya akhlak tidak dijaga. Fikirkan kisah pendek ini...


No comments: