Wednesday, June 25, 2008

Antara Cinta dan Aqidah


Ayuh Remaja! Bukalah mata hatimu...


Di satu pagi:

"Tolong! Tolong! Ada orang terjun ke dalam sungai," ada satu jeritan yang memecah keheningan pagi itu. Telah ramai pengunjung menjamu selera di warung-warung yang disediakan di tepi sungai itu. Beberapa orang di sekitar terpinga-pinga. Apa yang sudah berlaku? Suasana semakin hingar. Tiba-tiba seorang lelaki yang sedang makan berlari ke arah sungai dan terus terjun. Semakin ramai orang mengerumuni tempat kejadian.




Lelaki itu menyelamatkan gadis yang terjun ke dalam sungai itu. Dengan bersusah-payah dia membawa gadis itu ke daratan. Alhamdulillah, gadis itu dapat diselamatkan. Tanpa diduga, gadis itu menangis teresak-esak.

"Mengapa ni? Apa yang sudah berlaku?" lelaki itu bertanya kepada si gadis. Tiada jawapan. Orang ramai masih mengerumuni lelaki dan si gadis itu. Si gadis terus menangis.

"Apa yang sudah berlaku sehingga awak sanggup terjun ke dalam sungai? Awak hendak bunuh diri kan," lelaki yang dipilih Allah untuk menyelamatkan si gadis terus bertanya. Ingin tahu sebabnya. Si gadis terdiam. Mungkin terkejut dengan suara tinggi si lelaki.

"Betul. Saya hendak bunuh diri. Tak guna lagi saya hidup," terang si gadis. Lelaki itu menarik nafas panjang dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Awak tahu berdosa besar membunuh diri?" tiba-tiba ada suara mencelah. Si gadis itu mengangguk-angguk.

"Habis tu? Mengapa meneruskan niat bodoh ini?" lelaki itu mendesak.

"Saya kecewa dengan sikap teman lelaki saya. Saya nampak dia berjalan dengan perempuan lain. Mesra sangat," kata-kata si gadis membuatkan lelaki itu tersenyum. Si gadis yang baru berusia 17 tahun itu rupa-rupanya kecewa cinta.....

"Satu lagi saya nak tanya. Apasal awak menangis?" lelaki itu ingin tahu.

"Semasa saya terjun ke dalam sungai tadi, saya terus menjadi terlalu takut. Memang saya sudah lemas dan mohon supaya diselamatkan," terang si gadis.

"Awak tak takut dengan azab Allah? Rosak aqidah awak," kata lelaki itu. Si gadis terdiam.

Pengajaran:


1) Kerana cinta yang tidak luhur, si gadis sanggup menggadaikan aqidahnya. Rapuhnya keyakinan terhadap Allah.
2) Cinta sebelum kahwin tiada penghujung dan sia-sia. Tiada konsep bercinta-cintaan sebelum sah ikatan perkahwinan di dalam Islam.

3) Teman hidup yang beriman dan beramal adalah pilihan utama.

4) Menuntut ilmu adalah lebih utama dari mencari cinta yang palsu.

5) Mencari cinta sebelum kahwin adalah satu perbuatan yang sia-sia. Utamakan aqidah kerana ia menjadi pedoman hidup untuk bekalan di akhirat kelak.








No comments: