Friday, August 01, 2008

Leganya Minda...Satu Pengalaman PhD


Allah Tidak Pernah MERAJUK

Selepas lebih kurang sebulan "kepala berasap" kerana menyediakan proposal PhD, akhirnya hari yang dinanti-nantikan (Betul ke??) tiba jua. Sehari sebelum hari pembentangan proposal, saya berpuasa supaya Allah mudahkan urusan pembentangan. Masih teringat kata-kata ustaz, berpuasalah sekiranya kamu mempunyai hajat. Selain dari itu, bersedekahlah kerana fadhilat sedekah teramat besar. Salah satunya menunaikan hajat contohnya sedang ada masalah dsb...

Pagi itu selepas bersarapan ringkas, suami menghantar ke pejabat dan saya terus menuju ke destinasi yang penuh igauan. Debaran semakin ketara dan selawatlah penenang jiwa. Penantian adalah satu penyeksaan! selepas menunggu hampir dua jam, giliran saya tiba. Saya beristighfar, berselawat dan berdoa di dalam hati. Berbicaralah dengan Tuhan. Allah sentiasa mendengar rintihan kita. Allah tidak pernah lari dari kita. Allah tidak pernah merajuk dengan hambanya. Benar. Walaupun kita sebagai hamba tidak lepas melakukan dosa, Dia tetap memberi nikmat dan rahmat kepada kita. Tanda-tandanya banyak bagi orang yang berfikir!

Saya melangkah ke bilik mesyuarat dengan penuh tenang dan panel penilai proposal sudah bersedia. Dengan kalimah Bismillahirrahamanirrahim, saya ,memulakan pembentangan. Alhamdulillah, pembentangan dilakukan dengan jayanya. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. Fuhh..Leganya dapat meneruskan pengajian selepas proposal diterima. Syukurlah.






Terasa segala beban yang dipikul terlerai. Demam yang kebah tak kebah, terus hilang. Memang sah. Ini bahana proposal. Tetapi inilah manisnya menuntut ilmu. Walau dugaan dan cabaran menggunung di hadapan, saya tetap merasakan kemanisannya. Biarlah. Halangan pertama sudah dilepasi. Lega sebentar. Namun langkah seterusnya perlu dilalui. Semoga langkah seterusnya dapat dilalui dengan penuh ketabahan walaupan ada seorang sahabat berkata, "Tungglah saat semasa data analysis." Masih kurang mengerti maksud itu namun yakin dengan rahmah dan pertolongan Yang Maha Bijaksana, insyaallah saya berjaya menggenggam idaman hati.



4 comments:

Anita said...

Alhamdulillah
Tahniah Akak...
Doaku untukmu selalu...

FaHim aL said...

Congrats Pn Ida =)

rams said...

kak ida, syukur alhamdulillah... tahniah!

Arenis said...

Tahniah akak... Selamat maju setapak lagi ke hadapan. Anis doakan akak akan berjaya...