Monday, August 18, 2008

Terapi Minda 4

MALAS...

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?" maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan". Maka raja pun terdiam? Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".
P/S: Bagaimana mengatasi MALAS? Adik-adik, sila hantar komen. Cerita ini diperolehi dari e mel yang dihantar sahabat.

3 comments:

Anonymous said...

jadi bagaimana cara untuk seseorang mengatasi masalah malas itu?

Anonymous said...

untuk buang sifat malas bagi saya adalah dengan fokus pada target yang telah kita rancang. bagi orang yang mempunyai fokus dan target, insyALLAH, malas tidak akan melanda.

Farrah UNIMEL said...

kalau nak cerita pasal malas, panjang ceritanya. bukannya kita tidak tahu bagaimana cara untuk mengatasi sifat malas itu. kalau cerita dari segi teorinya semua orang pun tahu. sama juga solat. bukannya orang tidak tahu yang kalau tidak menunaikan solat akan ke neraka dan berdosa besar, tetapi masih ramai yang tidak mengerjakannya. sama juga dengan malas. kalau malas, pasti kerja itu tidak selesai dan tertangguh sehingga akhirnya membebankan kita sendiri. bukan kita tidak tahu natijahnya akan jadi sebegitu. sama halnya dengan pelajar. bukan sahaja pelajar di peringkat sekolah rendah atau menengah, pelajar di universiti pun banyak yang malas termasuk pelajar yang berusia menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, sarjana mahupun Doktor falsafah. malas tidak mengenal usia.malas juga tidak mengenal situasi. melainkan BERMULA DARI KITA SENDIRI. Allah tidak akan mengubah nasib kita kalau kita sendiri yang tidak berusaha untuk mengubahnya. pokok pangkalnya, jangan putuskan hubungan dengan Allah, kerana Allah yang akan membantu kita untuk mengumpulkan semangat dalam diri kita agar kita lebih terfokus dengan apa yang hendak dikerjakan. semangat dari teman-teman disekeliling dan keluarga juga merupakan sokongan utama dalam mengikis sifat yang tidak disukai Allah ini. semoga kita menjadi orang yang rajin dalam segala hal.