Thursday, April 16, 2009

Puting Nyunyut

Sebahagian bab dari buku terbaru..Nantikan kemunculannya.

Buntat begitu resah. Dia berjalan mundar-mandir seolah-olah sedang mencari sesuatu. Sesekali dia menggaru-garu kepalanya. Dia pergi sekali lagi ke dapur namun apa yang dicarinya masih belum ditemui.
“Kamu cari apa? Dari tadi kakak lihat kamu gelisah semacam. Apasal?“ sapa Azza.
“Saya cari puting nyunyut. Di manakah agaknya? Atau tersilap letak?“ jawab Buntat.
“Kamu memang tidak tahu malu. Sudah besar, masih menghisap puting,“ rungut Azza.
“Kamu tidak tengokkah lembu di padang sana? Nampakkah di hidungnya ada kelikir cantik? Kelikir lembu samalah dengan gelang puting kamu itu? Bermakna jikalau kamu hisap putting, cantik seperti lembulah,” sakat Azza.
“Ikut suka sayalah,“ Buntat terus mencari puting kesayangannya. Dia menyelongkar laci dapur dan perasaannya hampa. Dia mengambil pula kerusi makan dan memanjatnya. Dia mencari-cari di atas peti sejuk.
“Tiada juga di atas ini,“ rungut Buntat. Dia bercekak pinggang.
“Ibu, ibu,“ laung Buntat dari dapur. Tidak lama kemudian, Puan Siti muncul. Sambil menggantungkan penyapu di belakang pintu, Puan Siti bertanya, “Apa yang kamu bising-bising "
“Di mana puting nyunyut saya?“ rengek Buntat. Ibunya ketawa terbahak-bahak melihat wajah anaknya, Buntat. Puan Siti tidak menjawab sebaliknya keluar dari dapur.
“Abang, mari tengok anak awak di dapur,“ Puan Siti memanggil suaminya yang sedang asyik melihat ikan-ikan di dalam akuariumnya.
“Mengapa pula?“ soal Encik Azman.
“Cepatlah tengok,“ gesa Puan Siti. Encik Azman akur. Mereka mengintai anak bongsu mereka yang sedang mencari puting nyunyutnya di atas kabinet pula.
Encik Azman mengusap-usap kepala anaknya seraya berkata, “Kasihan anak ayah. Mahu ayah tolong carikan puting kamu?“ Puan Siti tersenyum meleret.
“Ke mana perginya puting saya itu?“ rungut Buntat lagi. Dia memeluk ayahnya.
“Ibu sudah buangkannya. Kamu sudah besar. Beberapa kali ibu telah berpesan, buangkan tabiat menghisap puting itu. Itu tabiat buruk,“ akhirnya Puan Siti bersuara. Buntat terkedu seketika dengan penjelasan ibunya.
“Alaa, ibu ini. Satu hari nanti saya berhentilah,“ Buntat cuba berjanji.
“Sudah banyak kali ibu dengar kamu kata begitu. Tapi kamu tetap membawanya ke mana-mana. Mujurlah tidak bawa ke sekolah,“ bebel Puan Siti.
“Malulah jikalau di bawa ke sekolah. Nanti kawan-kawan ejek,“ tahu pula Buntat mempertahankan dirinya.
“Haa. Tahu pula malu,“ sampuk Azza yang sedang membuat minuman.
“Nanti gigi kamu jongang apabila besar nanti. Siapalah yang hendak berkahwin dengan Buntat. Sudahlah montel, jongang pula,“ tambah Puan Siti.
“Jikalau kamu tidak menghisap puting, kamu lebih comel. Ayah suka tengok anak-anak ayah berwajah comel,“ kata Encik Azman dengan nada memujuk. Buntat tersenyum. Dia turun dari kerusi perlahan-lahan. Encik Azman dan isterinya hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka dengan telatah anak bongsu mereka.
“Kamu hendak ke mana pula?“ Azza menyoal adiknya, Buntat yang kelihatan hendak ke satu destinasi.
“Kedai Mak Jah,“ jawab Buntat ringkas.
“Hendak beli apa?“ Azza bertanya lagi. Masih tidak puashati dengan jawapan ringkas adiknya itu.
“Adalah,“ balas Buntat seraya berlari ke luar.
“Buntat. Kamu hendak beli apa?“ laung Azza. Namun tiada jawapan. Buntat sudah berada jauh. Buntat berlari-lari anak menuju ke kedai Mak Jah yang terletak hanya kira-kira limabelas meter dari rumahnya. Kedai runcit Mak Jah memang menjadi tumpuan penduduk setempat kerana banyak keperluan rumah boleh didapati di situ.
“Haa, Buntat. Kamu hendak beli apa?“ tegur Pak Agus, suami Mak Jah. Buntat hanya tersenyum. Malas dia hendak melayani orang tua itu selagi hajatnya tidak kesampaian. Dia tercari-cari barang yang hendak dibelinya. Tiba-tiba matanya terpaku ke arah satu rak. Dengan pantas dia mengambilnya dan terus membayarnya.
“Hai Buntat. Beli puting baru? Puting lama sudah hilang?“ usik Abang Bidin, anak sulung Mak Jah. Buntat hanya endah tidak endah dengan teguran Abang Bidin bak mencurah air ke atas daun keladi. Sebaik sahaja membayar harga puting itu, Buntat berlari keluar.
“Baru puas hati aku,“ kata Buntat kepada dirinya. Dia menyanyi-nyanyi kecil. Dia membasuh putingnya di rumah dan terus menghisapnya. Tanpa menghiraukan sesiapa, dia terus menonton cerita kartun kegemarannya, Sin Chan.
“Ya Tuhan. Dari mana kamu dapat puting ini?“ Puan Siti terkejut melihat Buntat dengan tenangnya menghisap puting nyunyutnya.
“Beli di kedai Mak Jah tadi,“ jawab Buntat penuh bangga.
“Apalah hendak jadi dengan anak aku seorang ini? Sudah besar masih menghisap puting. Apa ikhtiar aku lagi?“ bebel Puan Siti. Buntat khusyuk menonton siri kegemarannya tanpa menghiraukan leteran ibunya. Yang penting, hajatnya sudah tercapai. Dan yang paling penting, puting yang baru dibelinya akan disimpan di tempat yang paling selamat. Tiada lagi sesiapa yang bakal membuang puting kesayangannya lagi.

7 comments:

JALAN REBUNG said...

salam kak ida ...

first time singgah blog kak ida ...best ..so apa khabar harap semua sihat dan baik ...

sharizal nasri (masih di IIC)

Rizyani said...

Alhamdulillah. TKasih krn sudi singgah di sini. Akak bru start PhD di UPM. SO hw abt u?

Rizyani said...

Alhamdulillah. TKasih krn sudi singgah di sini. Akak bru start PhD di UPM. SO hw abt u?

Anonymous said...

hai kak....ape tajuk dia ek?hehehe

JALAN REBUNG said...

salam kak Ida,

syay dah sem 2 (part time) dengan UUM ...kalau ada rezeki lepas PHD la baru saya plan nak cari rezeki tempat lain ..

D'Rimba said...

Wah sudah bersastera ya pendidikku seorang ini sekarang sambil sambung pengajian doktor falsafahnya. Jangan lupa hadirkan diri ke acara Pesta Penyair Nusantara 2009 bulan November ini di DBP....

rizbioever said...

Eirah, tajuk sementara GUA(Gelang Untuk Aina). Masih dlm proses editing. Tungguu..BTW, dah baca GIM? Insyaallah, dah masuk cetakan ke 5.