Wednesday, April 23, 2008

Penipuan seorang IBU- Siri 2


Apabila saya bersekolah rendah, ibu pergi mendapatkan kotak-kotak mancis terpakai yang perlu digam untuk dijual semula. Ini memberikan kami sedikit wang untuk membiayai persekolahan saya. Pada satu musim sejuk, saya terjaga dari tidur dan mendapati ibu masih menyusun kotak-kotak mancis terpakai itu bertemankan sebatang lilin. Dengan penuh semangat ibu tetap meneruskan kerjanya. Saya berkata,” Ibu, pergilah tidur, hari sudah lewat malam. Esok pagi ibu harus bekerja pula.” Ibu hanya tersenyum dan berkata,
“Wahai anakku. Kamu pergilah tidur. Ibu masih tidak penat."

Peperiksaan akhir pun tiba. Ibu mengambil cuti semata-mata mahu menemani saya menjalani peperiksaan itu. Mentari semakin memancarkan sinarnya namun ibu tetap menunggu saya walaupun dia berpanas terik. Apabila loceng berbunyi yang menandakan peperiksaan sudah tamat, ibu dengan segera menuangkan segelas teh yang dibawanya sebagai bekalan. Apabila melihat wajah ibu dibasahi peluh, saya menghulurkan gelas supaya ibu minum teh itu. Namun yang demikian ibu berkata,
“Wahai anakku, minumlah. Ibu tidak dahaga.”

P/S: Seorang anak masih mampu menderhaka walaupun ibu berkorban seluruh hidupnya. Renungkanlah wahai remaja semua.


2 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Tiada kasih semurni kasih ibu..

Sungguh benar..syurga berada di bawah tapak kaki ibu...

Wasalam..

(Teringatkan ibu sendiri juga ayah, yang kedua-duanya telah lama pergi...)

Sabrina said...

Pn Ida,

saye pun baru terbace entry ini tapi versi english kat blog kawan. hehe.

Pn Ida,

kalo ada versi ayah punye... PENIPUAN SEORANG AYAH. Puan post k? Sbb saye tertanye tanye bagaimana pula dgn ayah?