Thursday, November 02, 2006

Akan Terbit...GIM



Akan terbit...Novel remaja baru. Gemuk Itu Menarik.
Mengisahkan budak perempuan gemuk bernama Najwa dalam menjalani kehidupan sehariannya di rumah dan di sekolah. Najwa sering menjadi bahan usikan dan ejekan rakan-rakan di sekolahnya.Walaupun sering menjadi ejekan rakan-rakan, Najwa tetap tabah menghadapi dugaan itu. Selepas mengikuti satu kem motivasi anjuran pelajar-pelajar UIA, Najwa lebih bersemangat dalam segala tindakannya. Dorongan dan nasihat daripada guru kaunseling sekolahnya, membuatkan Najwa lebih yakin dan bersyukur dengan bentuk fizikalnya tanpa menyalahkan takdir. Selain itu, kehadiran seorang pelajar baru bernama Faiz, turut menceriakan hidupnya. Faiz juga menghadiahkan sebuah buku bertajuk Panduan Pemakanan Sihat kepada Najwa pada hari lahirnya.Akhirnya, berkat daripada usaha dan semangat yang kental, Najwa berjaya menurunkan berat badannya secara perlahan-lahan. Najwa kini mempunyai ramai peminat meskipun dahulu menjadi bahan cemuhan rakan-rakan.
Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)

2 comments:

Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar said...

tengok sahaja gambar kulit buku dah menarik perhatian saya untuk membelinya. sangat menarik, insya allah saya akan membelinya.

Rizyani said...

Pezul, minta sahaja dari Editor PTS one.Bukankah akak sudah memberi e melnya dahulu?minta, baca dan komen..