Wahai remaja semua. Binalah jatidirimu melalui mutiara-mutiara yang disediakan di dalam Islam. Islam membentuk jasmani dan rohanimu ke arah kegemilangan di dunia dan akhirat.
Sunday, October 28, 2007
Kemungkinan:
1. Hobi
2. Masalah mental
3. Menyamar
4. Terlibat dalam kajian
5. Inginkan perhatian
Situasi Dua Sebatang pokok yang segar tiba-tiba tumbang.
1. Memang sudah "ajalnya".
2. Ditiup puting beliung.
3. Ditebang
4. Dilanggar gajah. (Ha ha ha...)
5. .....
Ini adalah antara jawapan kreatif yg dapat diberikan. Ada pelbagai jawapan yang kreatif dan logik. Inilah cara melihat masalah dari pelbagai sudut. Oleh itu adik-adik jangan cepat melatah apabila berhadapan dengan masalah...
Wednesday, October 24, 2007
Berfikir Seperti Kanak-kanak
Monday, October 22, 2007
Latihan Kreativiti 2
Wednesday, October 10, 2007
Latihan Kreativiti MINDA
Pemikir kreatif melihat masalah dari pelbagai sudut yang berbeza. Ini dapat membantu seseorang mempunyai beberapa penyelesaian kepada masalah dan mampu memilih penyelesaian yang paling unik. Sebagai pelajar, apabila adik-adik menghadapi masalah jangan terus membuat satu kesimpulan tetapi tenangkan diri. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan seolah-olah membuang satu beban yang besar dari dalam diri. Memanglah nampak sukar tetapi itu hanya permulaan.
Sekiranya selalu mengambil tindakan begini, masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Yang penting positifkan minda adik-adik. Mari kita mulakan satu latihan kreativiti yang mudah.
Bayangkan adik-adik adalah seorang detektif. Cuba senaraikan 10 sebab mengapa situasi ini berlaku...Cuba ya..
Situasi Satu
Katakan anda sedang berjalan-jalan dan terlihat seorang lelaki di jalanan yang memakai sepasang kasut yang berlainan warna dan jenis. Apakah sebabnya?
Situasi Dua
Sebatang pokok yang segar tiba-tiba tumbang.
Hantar jawapan adik-adik di ruangan komen...Tentu seronok...Selamat mencuba
Tuesday, October 09, 2007
Warisan Nabi saw Buat Pelajar
1. Minum MADU setiap hari- satu sudu besar tetapi gunakan sudu plastik, bukan besi. Khasiatnya: menajamkan minda, mencergaskan tubuh dan menguatkan jantung
2. Makan kurma 7 biji sehari - bukan setakat bulan Ramadhan sahaja. Ia mencuci usus yakni membuang toksin dari badan
3. Makan kismis 21 biji - mencerdaskan minda
4. Makan/minum za'afaran- sejenis bunga yang sangat berharga. Lebih kurang RM8 ribu sekilogram. Beli 100 g memadai kerana penggunaannya bertahan lama. Dua helai sudah cukup. Menajamkan minda dan menyembuh penyakit.
5. Tidur sebentar sebelum Zohor. Ada kajian menyatakan rehat ini sangat bermenfaat dari sudut kesihatan. Mencegah penyakit jantung. Sekiranya hari sekolah, tidur dalam 15 minit sahaja selepas solat Zohor. Jika terlebih, melemahkan urat saraf (lagi malas...)
6. Puasa- meningkatkan kreativiti.
7. Jangan tidur selepas Subuh dan Asar. Melemahkan fikiran dan saraf.
Amalkan serba-sedikit untuk kecemerlangan dan ketajaman minda.
Monday, October 08, 2007
Masih Berlum Terlewat...Manfaatkan Ramadhan
Terimakasih Dr. Norhisham Wahab
Ketibaan bulan Ramadhan seperti biasa perlu disambut dengan penuh keredhaan, keihklasan, kesabaran dan keheningan bagi memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat. Di samping menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu dan juga untuk memperbaiki amalan, ibadah puasa dapat memberikan banyak manfaat dari sudut kesihatan.
Amalan berpuasa sebenarnya menyediakan ruang dan daya kekuatan supaya kita dapat menajamkan fokus (daya tumpuan), meningkatkan daya fikiran dan kreativiti minda serta menguatkan spirit/ruhani bukan sahaja untuk merehatkan organ perut setelah sekian lama bekerja memproses makanan. Apabila rasa lapar dan dahaga dapat diatasi dengan kekuatan-kekuatan tersebut, maka zat-zat makanan yang kebanyakannya telah tersimpan di dalam organ hati dapat ditukar menjadi tenaga.
Proses terbalik ini adalah berbeza jika dibandingkan ketika tidak berpuasa. Pada hari biasa, makanan yang diambil akan bertukar menjadi tenaga yang akan digunakan menurut tahap-tahap tertentu. Sebaliknya ketika berpuasa, daya tumpuan dan fikiran di otak pula yang mengawal kerja-kerja organ hati di mana zat-zat makanan akan ditukar menjadi tenaga bagi keperluan tubuh.
Maka sebab itulah kita sepatutnya tidak akan letih dan dahaga di bulan puasa kerana zat-zat makanan yang tersimpan di dalam hati dapat ditukar menjadi tenaga. Malah lebih bertenaga untuk kerja-kerja berfikir dengan kreatif dan amalan keruhanian.
Secara saintifik, telah diperakui bahawa kuasa minda dengan kekuatan mengawal nafsu merupakan suatu sistem yang lengkap untuk meningkatkan aktiviti metabolisma dan juga proses pembersihan hati.
Sunday, October 07, 2007
JJKK dalam Berita Harian Sabtu 6 Oktober 2007-Komen
Oleh Salbiah Ani
mailto:Anidahiya@nstp.com.my
Novel Islam perbetul salah tanggapan terhadap sekolah tahfiz secara menyeluruh JALAN Jauh Ke Kampus karya Ida Rizyani Tahir tampil sebagai novel berciri Islam yang cuba membetulkan pandangan serong segelintir masyarakat termasuk umat Islam terhadap sekolah dan pelajar tahfiz selain memartabatkan institusi terbabit pada tempat sewajarnya. Novel setebal 332 halaman terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd berharga RM21 senaskhah ini menampilkan Farid Azhar sebagai protagonis yang berjiwa kental dalam usahanya mencapai impian untuk menjadi seorang tahfiz dan serentak itu turut menguasai ilmu duniawi.
Anak bongsu kepada pasangan Encik Lokman dan Puan Halimah ini menyuarakan hasrat melanjutkan pelajaran di Madrasah Randhatul Hasanah di Kuantan meskipun mengetahui dua abangnya, Fahmi dan Faizal mahupun kakaknya, Fauziah cemerlang dalam bidang akademik selain berjaya dalam kerjaya masing-masing. Puan Halimah yang pada mulanya bimbang dengan keputusan anaknya itu akhirnya mengalah selepas suaminya memberi sokongan kepada Farid dan tindakan Pakcik Rashid melarang remaja itu daripada menjadi muazin menguatkan lagi kesungguhannya mendalami bidang terbabit. Bagaimanapun hasratnya itu tidak terlaksana dengan mudah apabila terpaksa mendepani pelbagai hambatan termasuk kematian ayah, ibu dan abang yang tua, Faizal, hampir meleburkan usahanya untuk meraih impian kerana tertekan dengan pelbagai dugaan Ilahi itu.
Sebagai anak manja, Farid pada mulanya tidak dapat menyesuaikan diri apabila terpaksa tinggal di asrama yang memerlukannya berdikari di samping kegarangan Abang Ustaz, salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Raudhatul Hasanah, hampir mematahkan semangatnya. Bagaimanapun dorongan yang diberikan Fauziah akhirnya mengembalikan semangat Farid dan keupayaannya melihat sikap sebenar Abang Ustaz atau Raja Bersiung seperti digelar pelajar senior Madrasah Raudhatul Hasanah akhirnya membantunya memanfaatkan kehadirannya di sekolah terbabit. Abang Ustaz atau nama sebenarnya Bahrain, rupa-rupanya bukan saja pelajar senior di Madrasah Raudhatul Hasanah, tetapi juga guru dan tukang masak di sekolah berkenaan yang terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa bagi menanggung pengajiannya kerana kebetulan beliau yatim piatu.
Karya: Ida Rizyani
Harga RM21 senaskhah
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Tebal: 332 halaman
Bintang: ***
Ahli akademik hasilkan novel IDA Rizyani Tahir menaiki tangga dunia penulisan kreatif dengan berjinak-jinak menyumbang karya kepada Dewan Pelajar dan Dewan Siswa selain menyertai Pertandingan Menulis Esei Peringkat Kebangsaan serta mengirim rencana kepada majalah tanah air. Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi, Universiti Malaysia Pahang (UMP) ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Utara Malaysia.
Thursday, October 04, 2007
Jangan TIDUR lagi
- Surah Al Ikhlas 3X ibarat membaca satu Al Quran
- Selawat ke atas junjungan Nabi saw. Dialah pemberi syafaat di akhirat kelak
- Tasbih, Tahmid dan takbir
- Istighfar
Juga memaafkan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita. Hati menjadi lebih tenang. Amalkan sedikit tetapi istiqamah.
Wednesday, October 03, 2007
Bersedekah Lagi...
Muaz : Belum
Mak : Mengapa?
Muaz : Tidak ada duitlah, mak.
Mak : Masakan sepuluh sen pun tiada?
Muaz : Ada tapi sepuluh sen sedikit sangat.
Mak : Apa pula? Nilai tidak penting. Niat ikhlas lagi utama.
Muaz : Hmm... Baiklah. Sekejap lagi saya sedekahkan di surau kita itu.
Mak : Ingat, semasa bersedekah niatkan pahala kepada mak dan ayah, guru-guru dan minta
Allah penuhi hajat kamu.
Muaz : Apa kaitan dengan hajat saya, mak?
Mak : Mohon pada Allah supaya hajat apa sahaja dipenuhi. Itulah kehebatan bersedekah.
Muaz : Hebatnya. Tidak sangka begitu.
Mak : Bersedekah mendidik hati bersyukur dengan nikmat Allah dan mendidik kita menjadi
pemurah.
Muaz : Baiklah. Saya pergi sekarang.
Mak : Tetapi berhati-hati kerana sekarang ramai yang berpura-pura meminta sedekah.
Muaz : Mak jangan risau. Saya hendak ke surau sekarang juga.
Muaz berlari-lari ke arah surau yang berdekatan. Dia mahu mengambil keberkatan di bulan Ramadhan ini. Ayuhlah remaja. Bersedekahlah supaya hati menjadi lebih tenang, rendah hati dan mohon hajat dipenuhi.