Wednesday, October 03, 2007

Bersedekah Lagi...

Mak : Kamu sudah bersedekah hari ini?
Muaz : Belum
Mak : Mengapa?
Muaz : Tidak ada duitlah, mak.
Mak : Masakan sepuluh sen pun tiada?
Muaz : Ada tapi sepuluh sen sedikit sangat.
Mak : Apa pula? Nilai tidak penting. Niat ikhlas lagi utama.
Muaz : Hmm... Baiklah. Sekejap lagi saya sedekahkan di surau kita itu.
Mak : Ingat, semasa bersedekah niatkan pahala kepada mak dan ayah, guru-guru dan minta
Allah penuhi hajat kamu.
Muaz : Apa kaitan dengan hajat saya, mak?
Mak : Mohon pada Allah supaya hajat apa sahaja dipenuhi. Itulah kehebatan bersedekah.
Muaz : Hebatnya. Tidak sangka begitu.
Mak : Bersedekah mendidik hati bersyukur dengan nikmat Allah dan mendidik kita menjadi
pemurah.
Muaz : Baiklah. Saya pergi sekarang.
Mak : Tetapi berhati-hati kerana sekarang ramai yang berpura-pura meminta sedekah.
Muaz : Mak jangan risau. Saya hendak ke surau sekarang juga.

Muaz berlari-lari ke arah surau yang berdekatan. Dia mahu mengambil keberkatan di bulan Ramadhan ini. Ayuhlah remaja. Bersedekahlah supaya hati menjadi lebih tenang, rendah hati dan mohon hajat dipenuhi.

No comments: