Wednesday, October 24, 2007

Berfikir Seperti Kanak-kanak

Jangan lupakan zaman kanak-kanak anda. Itulah zaman yang penuh dengan memori indah. Seronok. Suka. Gembira. Tetapi apabila meningkat remaja, semakin banyak onak dan duri perlu kita harungi. Namun itu adalah hakikat hidup yang perlu kita tempuhi. Sebenarnya masalah dan halangan yang dihadapi kita merupakan satu "hadiah" dari Allah. Mengapa Allah berikan kita masalah? Masalah mematangkan kita. Masalah menguji kesabaran dan ilmu yang kita ada. Iman kita diuji. Masalah juga adalah tanda Allah sayangkan kita kerana Dia memandang kita dengan rahmah. Oleh itu jangan mengeluh dengan masalah yang ada.
Bagi meredakan tekanan dan kekalutan fikiran, berdoalah kepada Allah. Doa adalah senjata orang Mukmin. Merayu kepada Allah agar diberikan petunjuk untuk menyelesaikan masalah kita. Lakukan solat hajat 2 rakaat.
Mungkin juga adik-adik boleh kembali ke zaman kanak-kanak iaitu melukis, menconteng, menjerit dan sebagainya. Contoh: Lukis satu gambar haiwan yang adik suka. Fikirkan mengapa? Atau andaikan adik-adik berada di zaman batu, apa yang patut adik lakukan? Juga adik-adik menggunakan krayon untuk melakarkan perasaan adik-adik. Dan satu lagi cadangan, tulislah sepucuk surat kepada diri sendiri dan luahkan masalah adik-adik. Gunakan kreativiti adik-adik itu.Cubalah...

No comments: