Monday, October 22, 2007

Latihan Kreativiti 2

Seronokkan diri anda...
Tentu ibu atau ayah adik-adik selalu meminta bantuan adik-adik menyempurnakan kerja-kerja di rumah. Arahan yang diberikan kadang-kadang menjemukan tetapi apa nak dikata... Suruhan ibubapa wajib dipatuhi kerana berdosa besar sekiranya adik-adik membantah cakap ibubapa yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi membesarkan adik-adik dalam suasana selesa. Oleh itu, apa salahnya kita menggembirakan hati mereka dengan membantu mereka menyiapkan kerja-kerja di rumah.
Di sini ada beberapa tips yang akan membantu adik-adik berasa seronok apabila melakukan kerja-kerja yang adik-adik tidak suka tetapi terpaksa. Dengan itu adik-adik akan berasa lebih seronok dan tidak mustahil menyukai tanggungjawab yang diberikan. Sebenarnya tanggungjawab itu membantu adik-adik menjadi orang yang bertanggungjawab dan menjadi pemimpin satu hari nanti...Contohnya, adik-adik diarahkan mencuci tandas. Jadi apakah cara untuk menyeronokkan "aktiviti: itu?
1. Pasang muzik yang membolehkan adik mengikut rentak dan alunan
2. Tetapkan masa seperti lima minit untuk mencuci sinki.
3. Pelbagaikan aktiviti dalam satu masa seperti menggunakan kedua belah tangan untuk membuat dua kerja
4. Bayangkan seolah-olah adik sedang berperang atau berlawan dengan musuh...
5. Selang-seli dengan aktiviti lain contoh selepas mencuci sinki menyanyi sebentar dan sambung dengan memberus lantai.
Kadangkala kita perlu berfikiran seperti kanak-kanak kecil untuk menyeronokkan diri. Bagaimana? Di dalam pos yang seterusnya akan dibincangkan "Berfikiran kanak-kanak". Tentunya ia membahagiakan. Cubalah...

No comments: