Wednesday, October 10, 2007

Latihan Kreativiti MINDA

Jadilah Pelajar Yang Kreatif

Pemikir kreatif melihat masalah dari pelbagai sudut yang berbeza. Ini dapat membantu seseorang mempunyai beberapa penyelesaian kepada masalah dan mampu memilih penyelesaian yang paling unik. Sebagai pelajar, apabila adik-adik menghadapi masalah jangan terus membuat satu kesimpulan tetapi tenangkan diri. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan seolah-olah membuang satu beban yang besar dari dalam diri. Memanglah nampak sukar tetapi itu hanya permulaan.

Sekiranya selalu mengambil tindakan begini, masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Yang penting positifkan minda adik-adik. Mari kita mulakan satu latihan kreativiti yang mudah.

Bayangkan adik-adik adalah seorang detektif. Cuba senaraikan 10 sebab mengapa situasi ini berlaku...Cuba ya..

Situasi Satu
Katakan anda sedang berjalan-jalan dan terlihat seorang lelaki di jalanan yang memakai sepasang kasut yang berlainan warna dan jenis. Apakah sebabnya?

Situasi Dua
Sebatang pokok yang segar tiba-tiba tumbang.

Hantar jawapan adik-adik di ruangan komen...Tentu seronok...Selamat mencuba

3 comments:

Anonymous said...

mmm..soalan yg mencabar nii..
memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif & kritis nii..
situasi satu...
=>sebab lelaki itu ingin mencubanya...lain drpd org lain la katakan..;P

situasi dua..
=>mmm...mungkin pokok tu x larat berdiri kot..hihihi..;P

Rizyani said...

OK cicakgirls..tahniah krn berani berkreativiti.Jwpn diterima...ahaaaa...nanti cuba jwb soalan lain yer..

Rizyani said...

OK cicakgirls..tahniah krn berani berkreativiti.Jwpn diterima...ahaaaa...nanti cuba jwb soalan lain yer..