Monday, October 08, 2007

Masih Berlum Terlewat...Manfaatkan Ramadhan

Hikmah Ibadah Berpuasa Dari Sudut Kesihatan (diambil dari http://www.cvtherapy.com.my)

Terimakasih Dr. Norhisham Wahab


Ketibaan bulan Ramadhan seperti biasa perlu disambut dengan penuh keredhaan, keihklasan, kesabaran dan keheningan bagi memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat. Di samping menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu dan juga untuk memperbaiki amalan, ibadah puasa dapat memberikan banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Amalan berpuasa sebenarnya menyediakan ruang dan daya kekuatan supaya kita dapat menajamkan fokus (daya tumpuan), meningkatkan daya fikiran dan kreativiti minda serta menguatkan spirit/ruhani bukan sahaja untuk merehatkan organ perut setelah sekian lama bekerja memproses makanan. Apabila rasa lapar dan dahaga dapat diatasi dengan kekuatan-kekuatan tersebut, maka zat-zat makanan yang kebanyakannya telah tersimpan di dalam organ hati dapat ditukar menjadi tenaga.

Proses terbalik ini adalah berbeza jika dibandingkan ketika tidak berpuasa. Pada hari biasa, makanan yang diambil akan bertukar menjadi tenaga yang akan digunakan menurut tahap-tahap tertentu. Sebaliknya ketika berpuasa, daya tumpuan dan fikiran di otak pula yang mengawal kerja-kerja organ hati di mana zat-zat makanan akan ditukar menjadi tenaga bagi keperluan tubuh.

Maka sebab itulah kita sepatutnya tidak akan letih dan dahaga di bulan puasa kerana zat-zat makanan yang tersimpan di dalam hati dapat ditukar menjadi tenaga. Malah lebih bertenaga untuk kerja-kerja berfikir dengan kreatif dan amalan keruhanian.

Secara saintifik, telah diperakui bahawa kuasa minda dengan kekuatan mengawal nafsu merupakan suatu sistem yang lengkap untuk meningkatkan aktiviti metabolisma dan juga proses pembersihan hati.

No comments: