oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Wahai remaja semua. Binalah jatidirimu melalui mutiara-mutiara yang disediakan di dalam Islam. Islam membentuk jasmani dan rohanimu ke arah kegemilangan di dunia dan akhirat.
Monday, November 24, 2008
Terapi Minda Lagi
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Wednesday, September 10, 2008
Kita Tidak Punya Apa-apa
Mengapa bersedih? Ramadhan memberi kegembiraan tak ternilai. Berdoalah kerana setiap masa dalam Ramadhan langit terbuka luas. Doa akan diangkat segera.Jadi mengapa bersedih lagi?
Adakah kita gagal dlm hidup?
Adakah kita kehilangan org tersayang?
Adakah kita tidak dikasihi manusia?
Adakah kita sakit?
Adakah kita cacat?
Adakah kita tidak mendapat pekerjaan?
Adakah kita tidak menerima penghargaan dari guru?
Adakah kita tidak berjaya mendapat markah tinggi?
Jangan bersedih. Sebagai manusia kita bukanlah sesiapa kerana semuanya milik Allah. Itulah bos kita yang terulung dan tuan segala makhluk. Oleh itu jangan bersedih. Sekiranya manusia tidak menghargai kita, kawan-kawan tidak mempedulikan kita dan kita tidak menjadi tumpuan manusia, tidak mengapa. Kita ada Allah. Mintalah perhatian Allah. Dekatkan diri dengan Allah dan nescaya Allah menganugerahkan nikmat yang tidak terhingga. Rebutlah kasih-sayang Allah kerana itulah yang utama.
Ya Allah, kami tidak ada kekuatan melainkan dengan izinMu.
Kami tidak akan cerdik melainkan dengan izinMu.
Kami mohon bantuanMu, tunjuklah jalan yang lurus.
Ya Allah, anugerahkanlah kami kebijakan dan daya ingatan yang kuat supaya kami dapat berbakti kepada insan. Amin
Monday, August 18, 2008
Terapi Minda 4
Saturday, August 02, 2008
Hubungan mata – pastikan mata anda melihat audien satu-persatu seolah-olah anda sedang berkomunikasi dengan mereka. Semasa Rasulullah berinteraksi dengan sahabat baginda , mata baginda tidak mengalihkan pandangan dari mereka.
Sentiasa senyum – Rasulullah sentiasa tersenyum semasa berkomunikasi
Kawalan diri – Rasulullah sentiasa mengawal diri dari marah tidak bersebab. Musuh boleh menyerah kalah apabila kita ada kawalan diri
Pintar berbahasa- mempunyai pengetahuan bahasa yang baik untuk menjawab soalan atau meyakinkan seseorang
Pelajar Cemerlang
• Mengeluh apabila diberi tugasan
• Pergi U untuk mengurat
• Bangun pagi lewat
• Banyak makan, tidur dan rehat
• Meniru
• Suka menyalahkan orang lain apabila gagal
Ciri-ciri pelajar cemerlang
• Kasih dan hormat kepada ibubapa/guru
• Rajin mencari ilmu
• Pandai menjaga kesihatan
• Berdisiplin
• Tidak bercinta
• Aktif
• Sayang dan kenang jasa ibubapa
Strategi pelajar cemerlang
• Solat awal waktu – pengurusan masa
• Baca Al Quran- melatih kelancaran bercakap dan pernafasan
• Pilih makanan halal dan berkhasiat – madu,kismis,za’afaran,kurma
• Jaga kesihatan- lihat HIJAU
• Sukakan wangi-wangian
• Melihat air jernih mengalir
• Memicit-micit jari
• Baca matlamat setiap hari
• Senaman
• Jgn tidur selepas SUBUH dan Asar
Friday, August 01, 2008
Membazirkah KITA?
Ilmu- kita tidak mengamalkannya
Amalan – kita buat tidak ikhlas
Harta – habiskan harta tanpa tujuan
Hati – kosong tanpa kasih-sayang Allah. Kita memenuhi hati dengan mencintai seseorang tanpa batasan
Tubuh – tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah
Cinta – lebih cinta kepada lain dari Allah
Masa – tidak digunakan sebaik-baiknya
Kepintaran – menggunakan kepintaran untuk kemusnahan
Khidmat – berkhidmat kepada seesorang yang menjauhkan diri dari Allah
Zikir - tidak meninggalkan kesan kepada hati kita
Dipetik dari: Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah
Leganya Minda...Satu Pengalaman PhD
Thursday, July 24, 2008
Terapi Minda 3
Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Saturday, July 19, 2008
Terapi Minda 2
Satu lagi terapi minda yang percuma dan indah sekali. Berkumpul dengan sanak-saudara sambil menenangkan jiwa di sebuah air terjun. Sambil merapatkan silaturrahim, jiwa dan minda menjadi tenang. Kami menghabiskan masa seharian di tepian air terjun dan menunaikan solat di sana. Membakar ikan, menumbuk sambal dan menggoreng pucuk keledek. Alangkah indahnya hari itu.
Monday, July 14, 2008
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu...
Sunday, June 29, 2008
Khutbah Wida'
di lembah Uranah, Arafah)
Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.
Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.
Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.
Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.
Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.
Wednesday, June 25, 2008
Antara Cinta dan Aqidah
Pengumuman PTS One
Buat semua pembaca PTS One, pihak kami sedang mencari peminat yang sudi menulis cerpen bertema Hari Raya/Puasa. Masih ingat dengan buku remaja@ptsone yang diterbitkan pada hari raya tahun lepas? Buku seumpama itu akan diterbitkan lagi tahun ini tetapi bezanya kali ini, pihak kami berbesar hati untuk memuatkan 20 cerpen khas dari pembaca PTS One.
Tentu adik-adik mahu karya adik-adik turut dimuatkan bersama karya-karya penulis terkenal seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan ramai lagi...
Karya yang terpilih bukan sahaja akan diterbitkan malahan adik-adik akan menerima bayaran sebanyak RM50 sebagai duit raya dan senaskhah buku remaja@ptsone Bumper Raya 2008!
Spesifikasi cerpen
Tema: Hari Raya atau Puasa (watak remaja atau kanak-kanak)
Saiz: A4 (Times New Roman, Font 12, double spacing)
Hanya 6-8 halaman sahaja!
Hantarkan e-mel adik-adik kepada nurismaliza@pts.com.my selewat-lewatnya 2hb Julai 2008!
Sertakan sekali (diwajibkan)….
Nama penuh:Nama Samaran/Manja:Umur:T. Lahir:E-mel:Blog/Friendster/My Space (jika ada):No. tel: (akan dirahsiakan)Alamat rumah dan poskod: (akan dirahsiakan)Dua novel PTS One yang paling digemari:Dua penulis PTS One yang paling digemari:
Hantarkan segera ya! Kami tunggu cerpen adik-adik semua!
Monday, June 16, 2008
Kalimah Mudah Meringankan Kesusahan
Sunday, June 15, 2008
Muat turun mobile book PTS
Terapi Minda 1
Sunday, May 04, 2008
Penipuan Seorang Ibu- SIRI AKHIR
Ibu semakin tua dan diserang kanses usus lalu dimasukkan ke hospital. Saya yang tinggal jauh beribu-ribu batu, menyeberangi lautan untuk menziarah ibu yang dikasihi. Jelas kelihatan ibu terlalu lemah selepas menjalani pembedahan. Ibu yang semakin uzur itu melihat ke dalam mata anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia cuba tersenyum malangnya dia tidak mampu. Jelas bahawa penyakit yang menyerangnya telah melemahkan tubuh ibu itu. Saya memandang ke wajah ibu dan airmata saya mengalir deras. Saya begitu terharu…sangat terharu melihat ibu di dalam keadaan begitu. Tetapi ibu dengan sedikit kekuatan yang ada berkata,
“Jangan menangis wahai anakku, Ibu tidak sakit.”
Selepas seorang ibu menuturkan kata-kata ini, dia pergi menemui Illahi dan meninggalkan anaknya buat selama-lamanya
P/S: Ibu sanggup mengorbankan dirinya buat kesejahteraan si anak tetapi kini bagaimana sikap anak-anak terhadap orang tua mereka? Fikirkan...
Penipuan seorang Ibu- Siri 3
Ayah jatuh sakit dan telah meninggal dunia. Ibu saya memainkan peranan sebagai ibubapa dan terpaksa mencari rezeki sendirian. Kehidupan kami sekeluarga bertambah runcing. Tiada satu hari pun hidup kami mudah. Kami perlu berjuang untuk hidup dan kehidupan semakin teruk. Seorang pakcik yang baikhati dan tinggal berhampiran rumah kami selalu membantu. Jiran-jiran sering menasihatkan ibu supaya berkahwin lagi tetapi ibu berdegil.
Kata ibu, “Aku tidak perlukan kasih sayang."
Selepas saya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan, inilah masanya ibu saya bersara. Tetapi beliau tidak ingin berbuat demikian. Setiap pagi dia pergi ke pasar dan menjual sayur-sayuran untuk menampung kehidupannya. Saya selalu mengirimkan wang untuk menampung kehidupannya tetapi dia tidak ingin menerima wang pemberian saya. Seringkali dia mengembalikan wang tersebut dan berkata,
Wednesday, April 23, 2008
Penipuan seorang IBU- Siri 2
Apabila saya bersekolah rendah, ibu pergi mendapatkan kotak-kotak mancis terpakai yang perlu digam untuk dijual semula. Ini memberikan kami sedikit wang untuk membiayai persekolahan saya. Pada satu musim sejuk, saya terjaga dari tidur dan mendapati ibu masih menyusun kotak-kotak mancis terpakai itu bertemankan sebatang lilin. Dengan penuh semangat ibu tetap meneruskan kerjanya. Saya berkata,” Ibu, pergilah tidur, hari sudah lewat malam. Esok pagi ibu harus bekerja pula.” Ibu hanya tersenyum dan berkata,
“Wahai anakku. Kamu pergilah tidur. Ibu masih tidak penat."
Peperiksaan akhir pun tiba. Ibu mengambil cuti semata-mata mahu menemani saya menjalani peperiksaan itu. Mentari semakin memancarkan sinarnya namun ibu tetap menunggu saya walaupun dia berpanas terik. Apabila loceng berbunyi yang menandakan peperiksaan sudah tamat, ibu dengan segera menuangkan segelas teh yang dibawanya sebagai bekalan. Apabila melihat wajah ibu dibasahi peluh, saya menghulurkan gelas supaya ibu minum teh itu. Namun yang demikian ibu berkata,
“Wahai anakku, minumlah. Ibu tidak dahaga.”
P/S: Seorang anak masih mampu menderhaka walaupun ibu berkorban seluruh hidupnya. Renungkanlah wahai remaja semua.
Monday, April 21, 2008
Penipuan seorang IBU...Siri 1
Kisah bermula sewaktu saya masih kecil. Saya adalah anak lelaki bagi sebuah keluarga di Afrika. Kami tidak mempunyai makanan yang sukup. Apabila tiba waktu makan, ibu saya memberi bahagiannya kepada saya. Sewaktu ibu meletakkan nasinya ke dalam pinggan saya, dia berkata, “Makan nasi ini wahai anakku. Ibu tidak lapar.”
Apabila saya semakin besar, ibu saya pergi mengail ikan apabila dia mempunyai masa lapang di sungai berhampiran. Harapan ibu adalah apabila dia dapat mengail ikan, dia dapat memberi saya makanan yang berkhasiat buat tumbesaran saya. Selepas mengail ikan, dia memasakkan sup untuk saya makan kerana itu dapat menaikkan selera makan saya. Sewaktu saya makan, ibu duduk di sebelah saya dan menghabiskan sisa ikan, hanya tulang yang tinggal. Hati saya terusik melihatkan keadaan ibu tetapi dengan pantas ibu berkata, “Makanlah ikan ini anakku. Ibu tidak begitu menyukai ikan."
Tuesday, April 01, 2008
Muatturun novel-novel remaja
Saturday, March 29, 2008
Monday, March 17, 2008
Kisah Cinta BIASA
Kerana Dia Manusia Biasa ...
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ......."Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
Kepada Yth ........Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik sayaAssalamu'alaikum Wr WbMohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.Saya, yang bernama ........... ... menginginkan anda ............ ... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu,
"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya."Gik.....?""Tidur..... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama.
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.Wallahu 'alam
Friday, March 14, 2008
Kau Tetap Berharga
Teknik Meningkatkan Daya Ingatan Anda...
Tuesday, March 04, 2008
PTS M-book temui pembaca karya kreatif Malaysia
Oleh: Wartawan Berita Harian, Shaidah Shafie
Kaedah terbaru bolehkan kandungan buku dibaca melalui khidmat pesanan ringkas telefon bimbit KANDUNGAN sesebuah buku kini boleh dibaca menggunakan sistem pesanan ringkas di telefon genggam melalui kaedah mobile book (m-book) atau buku telefon bimbit dan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS Publications) kini memanfaatkan kaedah itu.
PTS Publications yang mendapat kerjasama teknikal daripada Metadome Sdn Bhd (Metadome) sudah mula menggunakan pendekatan m-book untuk novel terbitan syarikat itu, Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah.
Pengarah Eksekutif Metadome, Syaizul Amal Zalkafli, berkata percubaan menerbitkan Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah menggunakan kaedah m-book selama dua bulan menunjukkan ia mendapat sambutan hangat. “Sambutan yang diterima dalam tempoh percubaan itu menyebabkan buku dengan 30 halaman itu akhirnya berkembang dan diputuskan diterbitkan secara m-book oleh penerbitnya serta akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008,” katanya pada sesi taklimat m-book di Kuala Lumpur, kelmarin. Sembilan puluh sembilan lagi novel remaja lain dalam bentuk m-book terbitan syarikat terbabit akan turut dilancarkan pada pesta terbabit antaranya ialah Budak Psikik, Kaki Bola, Misi Piramid, Untuk Syampoo, Cinta Laksa dan Ubi, Mekar Sakura di Mimbar Cinta, Sindrom VX dan Yong Tau Foo.
Pesta selama 10 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula 4 April ini turut disertai 185 syarikat yang membabitkan 125 milik tempatan, 37 agensi kerajaan dan 23 dari Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, India, Pakistan, Mesir, Australia serta United Kingdom. Muat turun bahan bacaan melalui telefon genggam begitu terkenal di Jepun dan penyelidikan di negara matahari terbit itu menunjukkan lima judul buku yang menduduki senarai teratas dalam carta pilihan penggemar adalah yang diterbitkan dalam bentuk m-book.
“Proses muat turun akan berlaku dalam masa beberapa saat. Semua jenis talian boleh digunakan untuk membaca novel melalui telefon genggam anda. Bagaimanapun, proses ini tertakluk kepada liputan kawasan rangkaian talian telefon anda,” katanya. Selain itu, pembaca boleh menikmati paparan kertas hiasan, nada dering, nada dering bergambar, klip video, kad ucapan, animasi, karaoke, aplikasi Java, permainan Java, mesej bergambar, logo operator dan pesanan bersuara. Khalayak yang menggunakan kemudahan m-book PTS Publications hanya dikenakan RM5 untuk setiap muat turun manakala perkhidmatan paparan perhiasan skrin pula dikenakan RM3. Syaizul berkata, kumpulan sasar m-book adalah khalayak berusia 12 hingga 24 tahun kerana pada usia berkenaan mereka sudah berkemahiran menggunakan kemudahan elektronik terutama telefon genggam yang sudah menjadi budaya penting dalam masyarakat.
Oleh: WanZu
Tuesday, February 12, 2008
Pesan Rasulullah saw
- Puasa 3 hari setiap bulan
- Solat Dhuha 2 rakaat
- Solat Witir sebelum tidur.
Pesanan ringkas tetapi sangat berfaedah untuk menjadi remaja yang ternama. Amalkan walau sedikit namun berterusan.
Sunday, February 03, 2008
AL FATIHAH BUAT SDR. ZAFRAN
Friday, February 01, 2008
Buku Mobile oleh PTS- Metadome
Wednesday, January 30, 2008
Teknik Merehatkan Minda
Petua Yang Mudah Buat Remaja
Monday, January 28, 2008
Sadisnya...
Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
Monday, January 21, 2008
Laman Tok Sidek- Rest House & Motel
Sunday, January 20, 2008
Latihan Kreativiti 3
Monday, January 14, 2008
Petikan dari web sifu PTS
Kita berpeluang berbual-bual dengan seorang pensyarah universiti yang juga mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kata beliau, "Nasib baik kami mempunyai pekerjaan bergaji, jika tidak, di kalangan penulis kreatif, golongan kami adalah yang paling 'miskin'." Mantan peserta MPR itu merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan honorarium yang diterima oleh penulis sastera, dibandingkan dengan penulis-penulis novel-novel popular.
"Novel saya cuma mendapat royalti RM600, selepas 3 tahun terbit," katanya lagi.
Isu pendapatan (income) penulis adalah isu yang tidak habis-habis mencetuskan keluh-kesah di kalangan pengarang sastera. Pendapatan penulis boleh datang daripada pelbagai punca, bukan hanya terhad pada royalti dan honorarium karya sastera yang mereka hasilkan.
Kepada mentee-mentee Sifu yang mahu menjadi sasterawan, ini pesan Sifu.
Naikkan nama saudara berfasa-fasa, macam orang naik tangga. Jangan terus hendak mengukir nama sebagai "sasterawan".
Dalam fasa pertama: Hasilkan karya-karya yang dapat ditulis dengan cepat, dan laku, serta evergreen. Tulislah novel-novel bermutu tinggi untuk pasaran remaja awal dan remaja. Jika 1 novel remaja dapat menghasilkan RM3 ribu setahun, tulis 10 novel remaja. Dengan itu saudara mendapat royalti RM30 ribu setahun.
Kemudian, masuk fasa kedua: Tulis 7 judul novel remaja, dan 1 judul novel sastera.
Masuk fasa ketiga: Tulis 4 novel remaja dan 2 novel sastera.
Fasa keempat: Pada fasa ini, saudara sudah mampu menulis apa-apa karya sastera yang saudara suka, sebab royalti daripada 21 buah novel remaja itu sudah membolehkan saudara survive.
Kalau pada masa itu saudara tidak mahu menulis lagi pun tidak mengapa kerana pendapatan daripada royalti karya-karya evergreen saudara cukup bagi membolehkan saudara hidup selesa.
Nota: Rejab FI adalah contoh penulis novel-novel remaja yang temanya evergreen sehinggakan selepas 30 tahun diterbitkan, novel-novel beliau masih dapat diterbitkan semula dan laku dijual.
Kini Pak Rejab sudah bersara daripada menulis novel tetapi setiap tahun royalti beliau daripada PTS masih mengalir masuk ke dalam akaun banknya.
Karya-karya beliau dahulu diterbitkan oleh penerbit lain, tetapi kemudian selepas dicetak sekali karya-karyanya itu tidak ulang cetak lagi. Beliau kemudian mendapatkan semula hak penerbitan karya-karyanya itu dan menyerahkannya kepada PTS supaya dinilai judul-judul yang mana yang sesuai diterbitkan semula untuk pasaran semasa. PTS memilih 11 judul.
Haura Harry juga dipilih PNM
Haura Harry hanyalah secebis kisah benar yang dialami seorang budak perempuan dan dilema tomboy mula terhakis apabila Haura mengenali Abang Kamal. Sebuah cerita yang sesuai untuk awal remaja dan remaja.